Wanita Dipukau Dua Warga Emas ‘Alim’ Hingga Kehilangan Barang Kemas Bernilai RM13,000

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kebiasaannya, apabila kita bayangkan imej sesorang yang jahat selalunya mereka akan berpakaian selekeh, ganas dan bertatu.

Namun zaman sekarang ini warga emas berpakaian kemas lengkap dengan kopiah pun rupanya berperangai macam syaitan. Diingatnya baik, padahal penipu!

Sumber : Facebook

Itulah yang terjadi kepada wanita ini yang sedang berjalan-jalan seorang diri di bandar sebelum didekati dua orang lelaki berumur yang kelihatan seperti ‘ustaz’.

Sumber : Facebook

Di dalam video yang dimuat naik anaknya, kejadian itu berlaku pada pukul 9.35 pagi hari selasa lalu di Perak.

Ibunya dikatakan telah mengalami kerugian sebanyak Rm13,000 selepas gelang emasnya disamun oleh dua lelaki berkenaan dipercayai menggunakan taktik pukau.

Sumber : Facebook

Menurut anaknya, dua lelaki itu ‘menyuruh’ ibunya menanggalkan gelang emasnya dan masukkan ke dalam sampul yang telah mereka berikan kepadanya.

Kemudian lelaki berkopiah itu meminta ibunya berjalan sebanyak 7 langkah. Mungkin itu taktik pukau mereka atau mungkin saja mereka mahu wanita itu berjauhan supaya mereka boleh mengambil sampul itu dengan selamat.

Sumber : Facebook

Setelah ibunya menurut permintaan mereka, ketika itulah mereka menukar sampul yang berisi barang kemas itu dengan duit syiling.

“Bayangkan duit syilling itu ada RM1.60. Gelang yang dia ambil itu bernilai RM13,000! Sedih tengok mak saya diperbodohkan begitu.”

Setelah sedar dirinya dipukau, dia terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dilaporkan telah pun bermula.

Sebab itulah pentingnya prinsip ‘jangan menilai seseorang dari segi luaran’!

Baca : Dengki Melihat Kebahagiaan Kawan, Wanita Ini Mengaku Hantar Sihir

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syahirah Izzati

Seorang gadis yang mampu makan dan tonton video kucing secara berterusan di luar norma manusia biasa. Kurang songeh dan berkebolehan membuat anda tersenyum sinis.