in

Wanita di Klang Diculik Oleh Penculik yang Menyamar Sebagai Penghantar Barang

Featured Mercedez

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita di Klang Diculik Oleh Penculik yang Menyamar Sebagai Penghantar Barang
Loading
/

Kes culik sekarang bukan lagi dianggap luar biasa. Ini kerana ia acap kali berlaku tidak kira di mana dan bila. Mangsanya sudah semestinya adalah golongan wanita. Sehinggakan ada wanita yang trauma untuk keluar dari rumah kerana risau sekiranya ada perkara yang tidak diingini terjadi pada diri mereka.


Lagi kes culik yang terjadi di Shah Alam pada hari Jumaat yang lepas. Kejadian ini melibatkan seorang wanita berbangsa India yang telah diculik oleh tiga orang lelaki betul-betul di hadapan tempat kerjanya.

Menurut Berita Harian, ibu kepada dua anak ini diculik di hadapan tempat kerjanya, Kampung Jawa. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa yang berama S Jothimani berusia 49 tahun, bekerja sebagai penyelia kilang telah menerima panggilan telefon. Menurutnya, pemanggil memintanya keluar untuk mengambil barang yang kononnya dibeli secara dalam talian.

Mercedez
sumber: nst

Menurut adik mangsa pula, S Sathya, 33, berkata bahawa mangsa telah keluar menemui seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai penghantar barang di hadapan kilang terbabit.

Tambah adiknya, melalui rakaman kamera litar tertutup, dapat dilihat bahawa kakaknya dilarikan oleh tiga orang lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Mercedes berwarna putih.

“Ketika kejadian, seorang lelaki memakai baju berwarna putih menunggu kakak di luar kereta, manakala dua orang lelaki lagi berada di dalam kereta tersebut”

“Kakak ditolak dan dipaksa untuk menaiki kereta itu sebelum ditarik oleh dua orang lagi lelaki dari arah dalam kereta”

Mercedez 1
sumber: berita harian

Sathya mendakwa, polis memberitahunya bahawa kereta Mercedes itu dilaporkan hilang tiga hari lalu di Subang jaya. Tambahnya, kakaknya itu tidak mempunyai musuh, malah semua ahli keluarga tidak mengenali lelaki yang melarikannya itu.

Kemudian menurut The Star, mangsa sudah berjaya ditemui pada hari yang sama kira-kira jam 10.30 malam di lokasi yang sama.

Menurut anak mangsa, Arri Thevan, ibunya mengalami kecederaan di kepala dan di tangan akibat dipukul. Tambah Arri, ibunya dipukul kerana penculik berkenaan baru sedar bahawa tiada beg tangan yang dibawa oleh mangsa pada waktu itu.

Mercedez 2
sumber: berita harian

Mangsa juga tidak mengenali dan mengecam siapa yang telah menculiknya kerana matanya telah ditutupi kain sebaik sahaja dia memasuki kenderaan tersebut. Barang kemas serta telefon bimbitnya turut diambil mereka.

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun keseksaan kerana menculik dengan niat atau secara rahsia dan kerana telah mengurung mangsa.

Harap pihak polis berjaya menangkan tiga penculik itu, dan untuk orang awam di luar sana, jangan senang-senang berkomunikasi dengan orang yang kita tidak kenali. Sentiasa berwaspada ya!

Baca: Wanita Rakam Video Minta Bantuan Pulang Ke Malaysia, Tak Tahan Didera Ibu Mertua di India

Gggg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.