in

Wanita Curi Barang Kosmetik Bernilai RM1,000 dan Jual Semula Untuk Beli Dadah

Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengaruh dadah sangat besar kesannya kepada manusia. Manusia yang waras akal fikiran boleh hilang pertimbangan dan sanggup melakukan apa sahaja apabila berada di bawah pengaruh dadah. Ini terbukti apabila seorang wanita positif dadah di Kota Kinabalu sanggup mencuri tanpa menyedari bahawa gerak gerinya dirakam oleh kamera litar tertutup.


Menurut Berita Harian, pihak polis daerah Kota Kinabalu telah menahan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an pada jam 4:30 petang, Khamis lalu yang dikesan mencuri pelbagai barangan kosmetik dari sebuah farmasi di sekitar kompleks Asia City.

Cc3
sumber: facebook

Wanita berkenaan yang terbabit dengan kegiatan mencuri tersebut mengaku telah melakukan perbuatan itu di sebuah farmasi di Kompleks Karamunsing. Barangan kosmetik yang dicuri oleh wanita tersebut bernilai kira-kira RM1000 kesemuanya!

Hasil soal siasat mendapati wanita berkenaan mengaku bahawa dia terlibat secara langsung dengan aktiviti mencuri tujuh barangan kosmetik di premis farmasi tersebut pada jam 8:14 malam pada 20 November lalu, lapor Astro Awani.

Cc1 1
sumber: facebook

Lebih teruk lagi, pelbagai barangan kosmetik yang dicuri tersebut dijual kepada seorang individu di kaki lima dengan harga RM10 sahaja setiap satu! Melihatkan keadaan si pencuri, pihak polis mendakwa bahawa wanita itu cuba menjual barangan yang dicuri dengan harga murah demi mendapatkan wang segera agar dia dapat membeli dadah.

Cc6
sumber: facebook

“Siasatan awal mendapati suspek sebelum ini pernah ditahan kerana kesalahan berkaitan dadah mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra.

Selain itu, pihak polis juga berjaya membuat rampasan sebuah beg bercorak jalur hitam dan putih dipercayai milik wanita tersebut yang digunakan untuk menyembunyikan barangan kosmetik yang dicuri.

Cc2
sumber: facebook

Suspek kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri di premis berkenaan.

Janganlah kita sekali-kali mendekati dadah kerana padahnya membinasakan. Sama-samalah kita ambil iktibar daripada kejadian yang berlaku.

Baca: Peragut Khayal Dadah Guna Telefon Curi Untuk Buat Panggilan Lucah Kepada Keluarga Mangsa

Baca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.