in

Peragut Khayal Dadah Guna Telefon Curi Untuk Buat Panggilan Lucah Kepada Keluarga Mangsa

Page 15

Kebanyakan kes ragut biasanya berakhir dengan perasaan redha apabila barang yang diragut tidak akan dapat semula. Kalau jumpa balik tu bermakna anda amatlah bernasib baik. Tapi peluang untuk dapatkannya semula itu amatlah tipis. Betul tak?

Tapi bagi kes yang dikongsi oleh Chai Yin di Facebook sebaliknya pula apabila si peragut bertindak untuk memulangkan kembali barang yang diragutnya selepas melakukan panggilan lucah kepada saudara mara perempuan mangsa. Aik dah mencuri lepas tu sempat lagi buat panggilan lucah. Sambil menyelam minum air betul!

20882591 1645802692097531 5738178239888919538 N 1
sumber: facebook

Menurutnya Chai Yin, kejadian ragut itu berlaku sewaktu mangsa berada di kedai kopi berseorangan sebelum dia didatangi peragut. Kejadian berlaku dengan pantas sehinggakan belum sempat dia menjerit nama suaminya, peragut itu sudah melarikan diri.

“Selepas menelefon pihak bank untuk membatalkan kad bank saya, saya terima banyak mesej dari saudara mara yang mengatakan ada orang menggunakan nombor telefon saya dan berbual perkara yang bukan-bukan. Orang itu telah menghubungi makcik, ibu dan nenek saya.”

“Kemudian dia menggunakan nombornya sendiri untuk hubungi semua nombor kenalan wanita di telefon saya.” Amboi gatalnya!

Selepas wanita itu membuat laporan polis, dia mendapat berita bahawa peragut itu sedang menghubungi adiknya di talian. Adik mangsa cuba untuk memancing peragut itu dengan melayankan sahaja kerenahnya. Apa yang paling menggelikan ialah si peragut sempat mengajukan soalan berbaur lucah kepada adiknya dengan menanyakan saiz baju adik mangsa. Ish sempat lagi tanya soalan macam tu!

“Sejurus selepas itu, suami saya cuba menghubungi peragut itu dan ajaknya untuk bertemu. Kami sangka dia tidak akan muncul tetapi tekaan kami salah apabila dia muncul setengah jam kemudian.” Berani betul peragut ni!

20882354 1645802602097540 5319982097909260920 N
sumber: facebook

Peragut berkenaan kelihatan tidak terurus dan menggigil sewaktu bercakap seolah-olah dia berada di bawah pengaruh dadah. Dia juga memohon supaya hal ini diselesaikan tanpa membawa masuk pihak ketiga. Tau takut!

“Dia kemudian memulangkan beg dompet dan telefon bimbit saya, tapi tidak beg tangan saya. Dia mengatakan bahawa beg saya diragut oleh abang sepupunya.” Haih sempat lagi buat alasan. Sah sah dia yang mencuri!

Suami mangsa kemudian menelefon polis dan peragut tersebut ditahan dengan serta merta. Apabila diperiksa, telefon curi si peragut dipenuhi dengan gambar bahagian bawah kain wanita dan juga gambar dada wanita. Ish ish ish!

20882191 1645802825430851 1121559846423295043 N
sumber: facebook

Apa yang hairannya, dia dilepaskan sehari selepas ditahan. Macam tu je ke? Tak ada sebarang hukuman dikenakan?

Perkongsian yang tular di Facebook ini rata-rata mendapat komen dari netizen bahawa peragut adalah lelaki yang sama ditangkap di AEON Kinta City kerana mengambil gambar wanita secara diam-diam pada bulan Mac.

Tonton videonya dibawah:

Jika dia lelaki yang sama, maka polis perlu mengambil tindakan serta merta. Nanti ramai lagi yang jadi mangsa keadaan. Kepada orang ramai, mohon berhati-hati!

Baca: Peragut Maut Selepas Mangsa Kejar Dan Langgar Motorsikal Ketika Cuba Memberhentikannya

Capture 21