in

Wanita Cedera Parah Dirompak Warga Asing Ketika Berjoging Di Georgetown

Rompak Bangla 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini seorang wanita berusia 24 tahun telah diserang dan dirompak oleh pekerja binaan asing dekat Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Georgetown pada pukul 7.30 malam ketika sedang berjoging.


Menurut The Star, mangsa yang juga seorang ahli kimia telah ditarik rambutnya oleh pekerja warganegara Bangladesh itu sebelum diacukan pisau.

Oleh kerana tidak mahu mengalah dalam serangan tersebut, mangsa bergelut dengan suspek sehingga betis dan pergelangan tangannya cedera parah akibat ditoreh pisau. Pekerja warganegara asing itu kemudian melarikan diri selepas mencederakan mangsa.

18342101 2269548406603786 4113505211017123299 N
sumber: the star

Walau bagaimanapun, suspek berjaya ditahan polis beberapa jam kemudian selepas dia dijumpai berada dekat dengan tapak pembinaan berhampiran. Pihak polis menjumpai sebilah pisau dan sehelai baju T berjalur yang dipercayai dipakai suspek semasa kejadian itu berlaku.

Menurut pihak polis juga, suspek telah ditahan di bawah Akta Imigresen dan akan dikenalpasti mangsa apabila dia keluar dari hospital nanti.

Sungguhpun begitu, kejadian tersebut telah memberi trauma yang mendalam kepada mangsa sehingga dia enggan mengingati ia kembali dan menceritakan hal itu kepada sesiapa.

Menurut bapa mangsa,

Dia tidak mahu menceritakan kembali detik hitam tersebut walaupun kepada ahli keluarga dan rakan baiknya.”

Menurut doktor, keadaannya stabil tapi kami tak tahu sama ada luka di bahagian kiri pergelangan tangannya itu akan memberi kesan kepada fungsi tangan tersebut.” 

2 2 1
sumber: the star

“Kami doakan yang terbaik buatnya. Lukanya akan sembuh, tapi dia akan mengambil sedikit masa untuk pulih dari trauma dan ketakutan yang dihadapinya,” tambah bapanya lagi.

Mangsa yang telah menjalani pembedahan hampir lima jam hanya memilih untuk tidur dan menolak untuk ditemubual.

Suspek juga disyaki telah mencuri telefon milik mangsa kerana ia hilang selepas serangan tersebut berlaku. Namun pihak polis menolak sebarang kemungkinan kejadian ini menjurus kepada serangan seksual kerana dipercayai suspek meraba badan mangsa hanya untuk mencari barangan berharga.

Kalau nak berjogging tu bawalah teman. Bahaya kalau kita berseorangan terutamanya di tempat-tempat sunyi. Jenayah ada di mana-mana! 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.