in

Walt Disney Co Kena Saman Genting Malaysia Bhd RM 4 Billion Sebab…

Genting Sues Fox Disney For Rm4 2 Billion After Backing Out On Agreement For New Theme Park World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Genting Malaysia Berhad ada buat kolaborasi dengan Walt DIsney untuk membangunkan taman tema,.


Untuk pengetahuan mereka sudah membuat perjanjian ini sejak tahun 2013 lagi, tapi  taman tema Fox World itu tidak dapat diteruskan setelah Walt Disney Co tidak mahu bekerjasama dengan mereka.

 

Tak nak terlibat dengan perjudian kerana jaga nama baik Disney.

27Genting 1543275922
Sumber : berita harian

Jadi, kedua-dua syarikat ini telah disaman oleh pemilik kasino Genting Malaysia Berhad sebanyak RM4.19 bilion sebagai ganti rugi atas tuduhan melanggar kontrak berkaitan pembinaan taman tema dengan jenama Fox.

Lapor Free Malaysia Today. Fox berbesar hati untuk menaja tapi Disney tidak mahu dikaitkan dengan sebarang perniagaan perjudian bagi menjaga reputasi jenamanya yang dikatakan Family Friendly . Ini kerana Disney bakal mengambil alih aset 21st Century Fox.

 

Sudah bertangguh bertahun-tahun.

Fmt World Theme Park Genting 271118
Sumber : free malaysia today

Tambah sumber lagi, masalah bermula apabila Fox merancang penangguhan beberapa tahun untuk memaksa kontrak berkenaan menjalani rundingan semula.

Genting berkata, Fox mengeluarkan notis tindakan dengan harapan dapat menamatkan kontrak dan ‘ia konsisten dengan hasrat Disney mahu mematikan perjanjian’ itu demi faedah sendiri.

“FEG tidak berhak untuk menamatkan perjanjian ini dan Fox serta Disney bertanggungjawab atas kerugian berbilion dolar kerana sikap mereka.”

Menurut Berita Harian, Genting sudah membuat pelaburan berjumlah lebih AS$750 juta (RM3.1 bilion) di dalam syarikat Fox World.

Bagimanapun kedua-dua syarikat itu enggan mengulas komen terhadap isu memfailkan saman buat masa ini.

Alahai dah bertangguh banyak kali, last-last tak jadi buka. Kesiannya dah separuh jalan dah. Jadi gigit kuku je lah. Pergi jela Universal Studios Singapore tu.

 

Baca : Warga China Kantoi Tipu Duit Rakyat Malaysia di Genting Highlands

Lady

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.