in

Walaupun Tak Dapat Persetujuan Proton, Pengedar Masih Mahu Buat Jualan Guna Bitcoin

Featureimageproton

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kesahihan Bitcoin seringkali dipersoalkan oleh masyarakat negara kita yang tidak yakin dengan nilai wang kripto tersebut. Dengan nilai Bitcoin yang dikatakan tinggi pada ketika ini, salah satu pengedar kereta di Seri Kembangan mengambil satu inisiatif yang tidak dipersetujui ramai.


Menurut The Malay Mail, seorang lelaki pengedar kereta jenama Proton memutuskan untuk menerima mata wang Bitcoin dalam urusan jualan kereta yang ada di kedainya kerana berpendapat bahawa ianya satu idea yang baik.

Bit1
sumber: the malay mail

Pun begitu, pihak Proton Holdings sama sekali tidak bersetuju dengan cara lelaki dikenali sebagai Tony itu dan tidak akan menerima sebarang pembayaran menggunakan wang Bitcoin. Tidak mengendahkan kata-kata pihak Proton, pengedar berkenaan memaklumkan bahawa apa yang dilakukan adalah bagi meningkatkan jualan.

“Saya cuma guna cara ini dalam zaman serba susah ni. Sejak menerima mata wang Bitcoin untuk menjual kereta, saya dapat banyak pertanyaan dan permintaan untuk membeli kereta dengan Bitcoin,” kata pemilik Anjur Kayangan Auto Sdn Bhd itu.

Dalam keadaan jualan kereta yang semakin suram semenjak GST diperkenalkan, Tony memaklumkan bahawa dia menerima 10 hingga 20 orang pelanggan sehari yang mengunjungi premisnya bertanyakan tentang servis penjualan berasaskan Bitcoin yang ditawarkan.

Bit2
sumber: lowyat

“Lepas iklankan pasal servis jual kereta guna Bitcoin, kami dapat sekurang-kurangnya 10 hingga 20 orang walk-in customer yang bertanya tentang servis tu.”

Tony kini telah menurunkan banner mempromosikan penjualan kereta menggunakan Bitcoin di premis penjualan kenderaan miliknya kerana diarahkan oleh pihak Proton. Pun begitu, pengedar tersebut tidak mengendahkan larangan itu dan masih berdegil untuk meneruskan Bitcoin sebagai salah satu cara pembayaran di cawangannya.

“Saya dah turunkan banner, tapi saya masih lagi menawarkan servis pembayaran menggunakan Bitcoin.”

Proton yang tidak mengiktiraf mata wang Bitcoin dilaporkan telah bertindak menggantung operasi premis Tony buat masa ini sementara menunggu siasatan lanjut dilakukan.

Sebaik-baiknya gunalah cara yang lebih pasti kerana risiko menggunakan Bitcoin untuk pembelian dan penjualan barang berharga seperti kereta adalah sangat tinggi. 

Baca: Wanita Lebih Mudah Tertipu Dengan Scam Online Berbanding Lelaki. Mengapa? Ini Sebabnya…

Scam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.