in

Vivy Yusof Isytihar Rugi Nak Elak Bayar Cukai?

V

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingat lagi tak tu dengan tudung jenama Duckscarves yang harganya mahal mengalahkan harga Yahudi? Haa rasanya ramai yang tak lupa sebab netizen memang naik angin sungguh bila nampak iklan tudung satin ni yang sehelai berharga RM1,000. Mak aihhh!


Walaupun harga dah taraf antarabangsa, tapi sambutan tudung Duck ni memang agak menggalakkanlah sebab ada yang sanggup beratur panjang demi nak dapatkan sehelai tudung. Tapi apa yang admin pelik sikit, menerusi laporan Majalah Labur, Fashion Valet ni dikatakan asyik declare rugi? 

Dcftnv8Uqaayo5S
sumber: twitter

Tak dapat masuk Bursa Malaysia sebab declare rugi

Fashion Valet yang dimiliki you know who, the famous Vivy Yusof ni merupakan satu platform online shopping yang sangat terkenal di Asia Tenggara dan katanya bakal disenaraikan dalam Bursa Malaysia tak lama lagi. Namun perancangan nak masuk ke Bursa Saham ni dikatakan tergendala sebab syarikatnya tak dapat keuntungannya yang banyak walaupun dah ada beberapa cawangan dan produk mereka jugak dijual secara online

Vivy Sofinas Yusof
sumber: blog

Kisah kerugian Fashion Valet telah dapat perhatian netizen di media sosial yang sempat ‘membawang’ lepas syarikat milik Vivy ni dikatakan asyik rugi.

1 2
sumber: blog

Sengaja isytihar rugi untuk lari dari cukai?

Antara gosip-gosip netizen yang tular kini ialah syarikat Fashion Valet sengaja isytihar rugi kerana ingin lari daripada cukai. Wow betul ke? Tak cukup dengan tu, ada cukup yang claim Vivy dan suaminya, Fadza ialah pasangan yang kuat berbelanja dengan menggunakan duit company. Sebab tu lah syarikat asyik rugi memanjang!

115723Fq4B256Qj468P4C6
sumber: blog

Ingin buka lebih banyak cawangan untuk kaut keuntungan

Walau macam manapun, menerusi Majalah Labur, Vivy dikatakan bakal membuka lebih banyak cawangan di Malaysia serta Asia Tenggara dan bercadang untuk membuka cawangan di Singapura tahun depan. Semua ni dengan harapan sales Fashion Valet akan meningkat.

Harapnya berita macam ni sekadar gosip je lah dan tak benar. Vivy idola ramai wanita dan takkanlah dia nak lari daripada benda yang penting macam ni pulak kan? 

Baca: 10 ‘Beauty With Brain’ Bebas Kontroversi Buruk Pilihan Lobak Merah

Viv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.