in

Virus Wuhan: Rakyat Singapura Dibayar RM400 Sehari Jika Dikuarantin, Kalau Ingkar Arahan Kena Denda RM40,000

Elaun Kuarantin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin hari semakin meningkat jumlah individu yang terpaksa dikuarantin bagi mengelakkan penularan wabak coronavirus. Setakat ini, kerajaan Singapura telah pun mengarahkan 75 orang untuk dikuarantin. Mereka adalah individu yang berisiko dijangkiti selepas berkomunikasi dan berada berdekatan empat orang pertama disahkan positif coronavirus di negara itu.


Inisiatif kuarantin ini akan dikenakan kepada kira-kira 2,000 orang yang berada di Hubei dua minggu lepas sekiranya mereka berisiko dijangkiti atau rakyat Singapura dan juga pemegang pasport jangka masa panjang yang pulang dari Hubei.

Mereka ini semua termasuklah individu yang bekerja dalam bidang pengajian, penjagaan kanak-kanak serta orang tua di mana kini masih mengambil cuti kerja.

Tourist
sumber: business insider

Menurut Straits Times, sesiapa yang ingkar dengan arahan kuarantin buat kali pertama boleh didenda sebanyak 10,000 USD (RM40,805), dipenjara sehingga 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Penalti akan menjadi lebih tinggi jika sekiranya ia bukan kali pertama individu terbabit melanggar arahan kuarantin.

Menteri Pembangunan Negara Singapura, Lawrence Wong berkata, inisiatif ini diambil serius memandangkan pelancong dari Hubei atau sesiapa yang melawat Hubei mempunyai risiko tinggi membawa virus itu.

Wong1
sumber: the straits times

Bagaimanapun, bagi mengurangkan beban rakyat, mereka akan diberi pilihan untuk dikuarantin di rumah sendiri atau boleh mendapatkan kemudahan kuarantin dari kerajaan Singapura.

Bagi mereka yang kuarantin di rumah sendiri mereka tidak boleh berkongsi bilik dan tandas dengan orang lain. Mereka juga tidak boleh ada komunikasi fizikal dengan orang lain yang turut tinggal di dalam rumah yang sama serta tidak dibenarkan keluar rumah.

Elaun1
sumber: msnews

Kerajaan juga akan membantu dari segi kewangan dan memberi 100 USD (RM408) kepada individu yang bekerja sendiri untuk setiap hari mereka dikuarantin.

Sekiranya mereka yang dikuarantin ini dikaitkan dengan simptom virus bahaya itu, mereka akan dibawa ke hospital dan dirawat sebagai suspek kes jangkitan berkenaan. Kementerian Kesihatan Singapura juga akan menanggung semua jumlah kos rawatan di hospital untuk semua individu yang disyaki dan disahkan berjangkit.

Hospital
sumber: todayonline

Lawrence Wong juga berkata inisiatif ini pernah dilaksanakan ketika wabak SARS menular suatu ketika dahulu termasuklah elaun kuarantin itu.

Inisiatif ini diberi kepada semua syarikat yang berpangkalan di Singapura untuk menanggung pekerja mereka yang dikuarantin dan rakyat yang bekerja sendiri serta penduduk tetap yang dikuarantin. Ianya ditawarkan kepada pelancong yang dikuarantin. Kami mahu bantu rakyat Singapura.”

Bagus juga inisiatif macam ni kan…

Baca: “Kau keluar sekarang” – Pemandu Teksi Halau Penumpang Dari Wuhan, Tapi Netizen ‘Back Up’ Driver Sebab…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.