Kerajaan Singapura dalam satu kenyataan pada 23 Oktober 2021 mengumumkan, republik itu akan membuka sempadannya kepada lebih banyak negara. Ini termasuklah pengembara-pengembara dari Malaysia, Indonesia, Kemboja, Mesir, Mongolia, Hungary, Qatar, Rwanda, Samoa, Afrika Selatan, UAE dan Vietnam dibawah Category III pemantaun SOP di republik itu.
Menurut laporan CNA, bermula 11.59 malam pada 26 Oktober akan datang, semua pengembara yang datang dari Malaysia dibenarkan untuk menjalani kuarantin selama 10 hari. Lokasi kuarantin hendaklah dimaklumkan kepada pihak berkuasa dan adalah terpulang kepada pengembara untuk memilih dimana-mana lokasi di Singapura. Kelonggaran ini juga terpakai untuk semua pengembara dari Malaysia tanpa mengira status vaksinasi dan sejarah perjalanan mereka sebelum ke Singapura.
Pengembara dari Malaysia juga tidak lagi perlu menjalani ujian PCR Covid-19 sebaik tiba di Singapura. Mereka hanya perlu menjalani ujian PCR selepas selesai tempoh kuarantin 10 hari di lokasi masing-masing.
Kelonggaran ini juga tidak lagi memerlukan pengembara dari Malaysia untuk menjalani ujian Antigen Rapid Test (RT-PCR) pada hari ke-3 dan ke-7 selepas ketibaan dan ketika sedang menjalani kuarantin.
Pengumuman ini adalah berita baik untuk individu yang berhasrat untuk ke Singapura dalam masa terdekat, khususnya untuk bekerja disana.
Baca: [VIDEO] Lelaki Singapura ‘Sebijik’ Macam Kanye West Curi Tumpuan Netizen