in

“Elak pegi Sunway Pyramid guys” – Pengurusan Sunway Pyramid Sahkan Seorang Staff Outlet Positif Covid-19

2Sp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita masih belum menang dalam menentang pandemik Covid-19. Semalam sahaja, Malaysia mencatatkan penambahan sebanyak 82 kes baharu dan hampir setiap negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai satu kes baharu.


Untuk yang tinggal disekitar Lembah Klang, dinasihatkan untuk kekal dirumah dan hanya keluar jika perlu kerana satu kes telah dicatatkan dan melibatkan seorang pekerja di sebuat outlet di Sunway Pyramid Mall, Selangor. Berikut ialah pengumuman rasmi dari pihak pengurusan pusat membeli-belah itu.

Screenshot 2020 09 27 At 12.59.19 Pm11

Selepas berlakunya satu kes positif yang melibatkan pekerja outlet Nike di Sunway Pyramid Mall pada 26 September 2020, pihak pengurusan telah mengarahkan outlet itu ditutup sementara dan proses sanitasi dilakukan. Proses sanitasi yang lebih kerap akan dijalankan sekitar outlet terbabit dan kepada kawasan-kawasan dalam mall yang berhampiran.

Buat masa ni, kalau takde urusan penting, harap elak lah tempat-tempat berisiko macam ni. Kita tak tahu virus tu ada kat mana. Stay safe dan take care ye semua!

 

Baca: “Staf baru pulang dari Lahad Datu” – UOB Kepong Ditutup 2 Minggu Selepas Staf Positif Covid-19

Screenshot 2020 09 27 At 1.01.02 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.