in

“Pengotor nya lahai” – Semata-mata Nak Buktikan COVID-19 Tak Wujud, Lelaki Rakam Dirinya Jilat Mesin ATM

Feature 2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun dah setahun kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 ni, masih ada lagi segelintir individu yang tidak mempercayai kewujudan Corona virus. Kalau dilihat di Facebook pun, ada sesetengah orang yang percaya virus ni hanyalah agenda Yahudi. 


Kali ini, seorang lelaki dari United Kingdom pula sanggup menjilat mesin automated teller machine (ATM) semata-mata nak buktikan virus korona ni tak wujud, lapor Daily Record UK. Dia tak geli ke jilat mesin tu? Rasanya dalam masa sehari je dah beratus orang yang guna ATM ni. 

Covid 1 1 1

Lelaki tersebut juga telah merakam dirinya sedang melakukan aksi itu di mesin ATM. Dia kemudiannya memuat naik video terbabit di Facebook. Namun, video berkenaan kemudiannya telah dipadamkan.

Difahamkan, dia telah melakukan sedemikian sebab nak buktikan bahawa masyarakat sebenarnya telah ditipu oleh pemerintah kerajaan. Lelaki dari Sheffield itu juga mengatakan dalam satu perkongsian di Facebook bahawa dia telah keluar setiap hari ketika lockdown.

Saya juga telah menjilat dua buah mesin ATM dan setiap butang yang ada di mesin tersebut juga telah saya jilat.”

Bukan itu je, dia juga mengatakan bahawa dia akan membuktikan perkara terbabit jika masih ada pihak yang percaya dengan ‘pembohongan’ pihak kerajaan tentang virus tersebut.

Covid 4 1 1

Covid 2 1 1

Ekoran kejadian terbabit, pihak polis selatan Yorkshire, England mengatakan mereka telah menerima laporan dan kini perkara itu sedang disiasat.

Kalau ya pun tak percaya dengan virus ni, jangan lah sampai buat benda pelik yang menyusahkan orang. Kesian kat pengguna lain yang tak bersalah, tak pasal-pasal kena sanitize mesin tu banyak kali. 

Baca: “Tengok orang meninggal depan mata, masuk dalam beg berzip” – Bekas Pesakit Kongsi Pengalaman ‘Ngeri’ Sepanjang Berada di Wad Covid-19 

Covid 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.