in

Viral Remaja Meninggal Didakwa Sebab Ambil ‘Booster’, Ini Penjelasan JKNS…

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular dakwaan di media sosial mengenai seorang remaja dari Lahad Datu, Sabah telah meninggal dunia selepas menerima suntikan dos penggalak.


Ekoran ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah membuat kenyataan mengatakan bahawa pihaknya telah pun menjalankan siasatan mengenai isu yang tular di aplikasi WhatsApp yang turut membabitkan Hospital Tuaran.

Menurut Dr Rose Nani Mudin, selepas siasatan dibuat. Dakwaan mengatakan remaja tersebut meninggal selepas mengambil dos penggalak adalah palsu, lapor Harian Metro.

Pesakit meninggal dunia pada 12 Februari lalu. Punca sebenar kematiannya adalah disebabkan jangkitan paru-paru dan penyakit jantung sejak lahir (congenital heart disease) yang semakin tenat dan bukannya disebabkan dos penggalak vaksin Covid-19 seperti yang didakwa.”

1412472

Bukan itu sahaja, siasatan dari pihak JKNS turut mendapati pesakit ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 31 Julai dan dos kedua pada 21 Ogos namun tak pernah mengambil dos penggalak.

Ibu pesakit dan pihak Hospital Tuaran sudah mengesahkan pesakit tidak pernah mengambil dos vaksin penggalak.”

Disebabkan dakwaan ini, ibu kepada remaja tersebut telah pun membuat laporan polis bagi menafikan bahawa kematian anaknya itu disebabkan oleh dos penggalak.

Dia juga menafikan bahawa ahli keluarga yang menularkan di aplikasi WhatsApp mengenai kematian anaknya disebabkan oleh dos penggalak.”

Pihak Hospital Tuaran juga turut membuat laporan polis bagi membuat siasatan dan tindakan lanjut kepada individu yang tidak bertanggungjawab menularkan berita palsu dan gambar pesakit.

JKNS bersimpati dengan keluarga pesakit dan berharap perkara seperti ini tidak berlaku pada masa akan datang.”

Janganlah mudah percaya sangat dengan berita yang dikongsi dekat media sosial ni. Semak dulu baru kongsi.

 

Baca: “Meninggal dunia sebelum PICK remaja bermula” – Pengerusi CITF Tampil Jelaskan Isu Viral Remaja Meninggal Dunia Sebab VaksinFt Remaja Maut Lepas Vaksin

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.