in

“Meninggal dunia sebelum PICK remaja bermula” – Pengerusi CITF Tampil Jelaskan Isu Viral Remaja Meninggal Dunia Sebab Vaksin

ft remaja maut lepas vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video viral sebelum ini ada seseorang mendakwa bahawa terdapat remaja meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksinasi Covid-19.

Oleh sebab itu, Timbalan Menteri Kesihatan 1 merangkap Pengerusi Penubuhan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali hari ini tampil menjelaskan situasi sebenar yang bercanggah dengan dakwaan individu tersebut.


 

Remja di Perak meninggal dunia sebelum PICK remaja bermula

Khabar angin mengenai kematian 5 orang remaja meninggal dunia di Perak dan Sabah serta 2 orang dikejarkan ke hospital Perak itu disangkal oleh KKM selepas mendapat hasil siasatan.

Kata Dr Noor Azmi, dakwaan yang mengatakan remaja dari Sekolah Menengah Tasek Damai, Ipoh meninggal dunia selepas diberi vaksin dan anak individu itu yang berada di Lahad Datu turut maut selepas dapat vaksin di Sabah itu tidak benar.

Sebaliknya, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang merupakan pelajar di sekolah tersebut (Perak) adalah pesakit penyakit kencing manis jenis 1 yang bergantung kepada rawatan insulin. Katanya, pelajar itu dijangkiti Covid-19 dan meninggal dunia pada 18 Ogos 2021 dimana ia merupakan tarikh sebelum Program Vaksinasi PICK Remaja bermula.

Sementara itu, ada seorang lagi lelaki berusia 17 tahun dari sekolah yang sama pula menghidap penyakit jantung kongenital. Dia dibawa ke Unit Kecemasan Hospital akibat jangkitan kuman yang teruk sebelum meninggal dunia pada 17 September 2021 dan  pelajar itu belum menerima vaksin Covid-19.

“Punca kematian adalah ‘Sepsis with Underlying Congenital Health Disease.”

 

Tiada remaja meninggal dunia akibat vaksin di Lahad Datu

Sementara itu, dakwaan yang mengatakan remaja di Lahad Datu, Sabah meninggal dunia akibat vaksinasi itu tidak benar sama sekali kerana tiada rekod.

Malah KKM juga beri respon mengenai solidariti lepada seorang ibu dimana kedua-dua anaknya kini sedang mengalami AEFi di Ipoh.

Boleh baca kenyataannya di sini

Oleh itu, memandangkan PICK untuk remaja sedang giat dilancarkan KKM menasihati ibu bapa atau penjaga untuk memantau keadaan remaja selepas menerima vaksin. Bawa anak atau tanggungan ke fasiliti kesihatan segera sekiranya ada gejala seperti sakit dada, sukar bernafas, berdebar-debar, bengkak dan gatal pada tubuh yang teruk.

 

Baca :  Vaksin Remaja Bawah 17 Tahun Dibuat Serentak Dengan Pembukaan Sekolah –  KJ

vaksin remaja dan sekolah dibuat serentak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.