in

Viral Perkahwinan ‘Atuk’ 78 Tahun & Gadis 17 Tahun, Bercerai Selepas 22 Hari Bernikah

Feat1

Awal Oktober lepas viral tentang perkahwinan pasangan mempelai dari Jawa Barat, Indonesia kerana jurang umur mereka. Menurut Tribun, warga emas dikenali sebagai Abah Sarna berusia 78 tahun telah menikahi seorang remaja berusia 17 tahun, Noni Novita Handayani.

Novi menerima hantaran sebuah motosikal serta tilam, almari serta beberapa kelengkapan rumah yang lain, semuanya dihantar menggunakan dua buah lori. Abah Sarna turut memberikan mas kahwin sebanyak 10 juta Rupiah (RM2,819) kepada Novi.

Abah2

Abah4

 

Jodoh tak lama, tak sampai sebulan jatuh talak

Namun, sekali lagi kisah pasangan ini viral tidak lama selepas perkahwinan mereka. Menurut gridhot.id, Noni dikejutkan dengan sepucuk surat yang menerangkan tentang jatuh talak dari Abah Sarna selepas 22 hari mereka bernikah.

Warga emas itu telah menjatuhkan talak cerai kepada isterinya melalui surat yang termeterai pada Jumaat lepas, 30 Oktober. Hal tersebut membuatkan keluarga Noni bingung, keliru dan pada masa yang sama berasa marah dengan tindakan Abah Sarna.

Abah1

Abah5

Menurut kakaknya, Iyan, perbuatan suami Noni itu menjatuhkan maruah adiknya serta memalukan seluruh keluarga apatah lagi ianya berlaku secara tiba-tiba. Lebih mengejutkan apabila Abah Sarna mengaku tidak mahu berpisah dengan Noni meskipun telah menceraikan isterinya itu.

Ya, benar, Kang (Sarna menalak Noni). Kami kaget enggak ada hujan enggak ada angin, tiba-tiba datang dari pihak KUA membawakan surat pernyataan talak.”

Yang dilakukan pihak Abah Sarna sangatlah merendahkan keluarga kami.”

 

Keluarga tak restu

Menurut Tribunnews, Abah Sarna bertindak menceraikan Noni selepas 22 hari bernikah kerana mendapat tentangan hebat dari keluarga besarnya. Tidak dinyatakan apa yang membuatkan keluarga Abah Sarna tidak merestui namun sejak diceraikan, Noni dikatakan sering menangis serta tiada selera makan.

Abah3

Difahamkan, Noni setuju untuk menjadi isteri Abah Sarna kerana benar-benar mencintai warga emas itu namun tidak menyangka hubungan mereka tidak direstui keluarga pihak lelaki. Malah, turut tersebar gosip dia diceraikan kerana hamil anak luar nikah sebelum berkahwin dengan Abah Sarna namun keluarganya menafikan sekeras-kerasnya berita tersebut. Keluarga Noni juga masih belum terima tindakan Abah Sarna terhadapnya serta menuntut agar kedua-dua belah keluarga bertemu. Kata Iyan,

Saya sebagai kakak, isu-isu yang beredar bahwa Noni hamil duluan itu tak benar dan saya tidak menerima isu yang dihembuskan itu. Intinya, isu (Noni hamil duluan) itu hoax.”

Abah6

Mau bagaimana pun sekarang perlu adanya pertemuan antara keluarga kami dengan keluarga Abah Sarna. Sampai kapan pun saya masih belum menerima hal ini lantaran belum selesai permasalahannya.”

Baca: “Saya gembira akhirnya bercerai” – Nelissa dan Ammar Alfian Bercerai Secara Tebus Talak

Aa7

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: hotgrid.id
Sumber: Tribunnews
Sumber: Facebook