in

“Bukan saya”- Lelaki Dikecam & Dihina Gara-gara Nama ‘Persis’ Bekas Kekasih Laura Anna

Ghagaz Tersangka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Laura Anna, seorang instafamous dari Indonesia menjadi bualan ramai selepas kematiannya tempoh hari. Mendiang baru-baru ini tular di TikTok dan kisahnya sering membanjiri FYP aplikasi berkenaan

Apa yang membuat ramai tidak berpuas hati adalah kisah bagaimana bekas pasangannya yang dikenali sebagai Gaga Muhammad difahamkan menjadi penyebab gadis berkenaan kemalangan dan kemudiannya lumpuh.


Menurut kronologi, dipercayai bekas teman lelaki Laura Anna telah melarikan diri dari wad kecemasan selepas mendapat berita yang Laura ketika itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan disahkan lumpuh.

laura anna 1 169

Paling menyedihkan, khabarnya selepas keluar dari hospital, mendiang Laura pergi ke rumah ibu Gaga, namun pertemuan tersebut dikatakan persis dalam babak sinetron dimana ibu Gaga seakan-akan mempersoalkan keadaan lumpuh gadis tersebut.

Laura Anna menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 21 tahun telah membuatkan ramai rakan selebriti yang lain turut bersedih selain masih ada yang menyimpan dendam dan menuntut Gaga tampil bertanggungjawab keatas kematian mendiang.

gaga muhammad ga

Difahamkan, mendiang telah menuntut sejumlah 12 milyar (sekitar RM3.52 juta) namun Gaga hanya dijatuhi hukuman penjara 5 tahun dan membayar denda 10 juta rupiah (RM 3 ribu) yang membuatkan ramai tidak berpuas hati kerana denda dan hukuman yang dikenakan tidak setimpal dengan kehilangan nyawa.

“Bayar 12 Milyar & 2 Kaki”

Namun, disebalik kisah sedih tersebut, seorang lelaki di Indonesia semenjak semalam difahamkan murung selepas dihujani dengan pelbagai kata cacian dan makian selain ramai yang meminta dia untuk bertanggungjawab dengan apa yang terjadi.

@ghagazBalas @vinab3r3♬ original sound – Ikmal Alif

Difahamkan, pemilik akaun TikTok bernama Ghagaz ini mula ‘diserang’ netizen-netizen Indonesia sehari selepas berita kematian Laura tersebar dan sejak itu, dia menerima pelbagai kecaman selain dikatakan tidak berperikemanusiaan.

Perkara ini menyebabkan pemuda yang bernama Paul Shaqer Ahmad Ghazanfar ini menjadi murung dan jika diperhatikan, dia telah memuat naik video reaksinya setiap kali menerima cacian yang berlebihan. Kesian kat dia~

Lewat malam tadi, sempat menonton sesi ‘Live’nya dan jelas dia kelihatan kusut dan seakan-akan penat dengan tomahan yang diterimanya gara-gara namanya seakan-akan sama dengan bekas teman lelaki Laura Anna yang sebenarnya telah dipenjarakan tersebut.

Ghagaz

Menerusi sesi tersebut, dia bagaimanapun telah memaafkan kesemua perbuatan dan cacian mereka sambil menjelaskan berkali-kali bahawa dia bukanlah orang yang dimaksudkan dan meminta netizen berhenti mencemuh beliau.

p/s: Min cuba menghubungi Ghagaz melalui TikTok dan Instagram untuk mendapatkan kisah lanjut, namun belum mendapat balasan. 

Baca : Rupanya Ada Kisah Mengejutkan Disebalik Kematian Instafamous Indonesia, Laura Anna!

page laura

Sumber: Portal
Sumber: Tribunnews
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.