Alam perkahwinan ni bukan sentiasa manis, ada kalanya pasangan suami isteri akan diuji dengan bermacam-macam ujian dan untuk yang kurang bernasib baik, ianya akan berakhir dengan pergaduhan, lebih teruk menyebabkan berlakunya kes penceraian.
Perceraian boleh mengakibatkan implikasi yang besar terhadap pasangan dan anak-anak dalam keluarga tersebut. Apabila berlakunya penceraian antara suami dan isteri, berbagai permasalahan akan timbul selain ianya cenderung membawa kesan negatif kepada corak atau gaya keibubapaan keluarga.
Sebagai contoh, kegagalan dalam rumah tangga ini bakal memberikan impak yang besar kepada emosi serta mental. Setidaknya itulah yang dialami oleh gadis berusia 20 tahun yang dikenali sebagai Ica ini.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok Devii Ardilla ini, Ica telah diceraikan tiga tahun lalu dan kesan daripada penceraian tersebut, dia difahamkan mengalami trauma dan sedang menderita amnesia.
“3 bulan gak mandi, setelah dimaandiin glowing bgt tanpa makeup.semoga ini awal yang baik untuk bisa sembuh, ingatan kamu pulih kembali”
@devii_ardillaa 3 bulan gak mandi, setelah dimaandiin glowing bgt tanpa makeup.semoga ini awal yang baik untuk bisa sembuh, ingatan kamu pulih kembali. si amnesi cantik kawal sampe sembuh #amnesiamemories #berandatiktok #tiktok #dinaskesehatan ♬ bahaya x merasa indah – sadvibes?
Salah sebuah video menceritakan keadaan Ica yang dikatakan 3 bulan tidak mandi gara-gara trauma dengan kejadian yang menimpanya.
Selain itu, perangainya sekarang dikatakan seakan kebudak-budakan selain dikatakan tidak mampu berfikir dengan waras apabila dia mula memakan rumput serta memasukkan apa-apa objek yang ditemukan di halaman rumah ke dalam mulut.
@devii_ardillaa Balas @marimarq37 kalo keluar rumah apapun dimakan, masih mending daun singkong, ada rumput, ada botol bekas apapun dia masukin mulut. terima kasih yang udah mau mendo’akan kesembuhan ica #amnesia #dinaskesehatan ♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia
Terkini, difahamkan Ica dalam proses pemulihan namun untuk pulih sepenuhnya akan memakan masa yang lama kerana keluarganya tidak mampu untuk membiayai kos perubatan selain bapanya yang tidak mempunyai kerja tetap.
Kisah Ica ini juga telah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan dan menurut Devii lagi, sebelum kisah Ica tular di media sosial, ramai yang ingin membantu supaya dia sembuh seperti sedia kala.
Moga kisah Ica ini menjadi pengajaran dan peringatan buat pasangan suami isteri diluar sana.

