in

“Saya gembira akhirnya bercerai” – Nelissa dan Ammar Alfian Bercerai Secara Tebus Talak

Aa7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkahwinan yang diimpikan musnah kerana orang ketiga.


Kemelut rumah tangga pelakon filem Paskal The Movie, Ammar Alfian dan isteri, Nelissa Nezam akhirnya mencapai kata putus Rabu lalu.

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur telah membenarkan mereka bercerai secara tebus talak.

Hakim memerintahkan Nelissa membayar RM7,000 kepada Ammar sebagai proses tebus talak.Berita Harian

Nelissa berkata, walaupun selama ini emosi dan fizikalnya terganggu disebabkan hal ini, dia berasa lega dengan keputusan mahkamah.

Saya gembira akhirnya bercerai dengan Ammar.”

“Proses perceraian mengambil masa yang panjang, memandangkan Ammar pernah menolak permohonan cerai yang difailkan pada Januari lalu.”

“Bagaimanapun, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur memutuskan saya perlu membayar sejumlah wang kepada bekas suami supaya permohonan cerai saya dibenarkan.”

Bagaimanapun, Nelissa tak berpuas hati dengan perintah mahkamah yang mengarahkan dia membayar bayaran iwad kepada Ammar. Katanya,

“Jumlah dipaksa ke atas saya. Jumlah yang menguntungkan seorang lelaki yang mendera, menipu dan bahkan, tidak membayar wang tanggungan anak.”

Aa4

“Saya harap tiada wanita atau isteri menghadapi situasi sama seperti yang saya lalui. Saya bersyukur kekacauan ini berakhir.”

 

Sementara itu, Ammar Alfian juga dilihat berpuas hati dengan keputusan mahkamah.

 

Sekarang satu mahkamah syariah Wilayah Persekutuan tahu perangai sebenar dia – Ammar

Postingnya di Instagram (namun profil IG Ammar ditetap sebagai peribadi) :

Aa1 1

Saya tidak akan memaafkan apa yang dilakukan terhadap ibu bapa saya. Keadilan berjaya ditegakkan.”

Nelissa dan Ammar mendirikan rumah tangga pada Mac 2016 dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Kyro Shakur yang kini berusia setahun.

Nak tahu apa jadi sebelum ni? Boleh baca kat link di bawah.

 

Baca : “Harap dia berpuas hati” – Ammar Tak Sangka Isteri Dedah Kecurangan Walaupun Dah Minta Maaf

Aa2

Sumber: Gempak
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.