in

Viral Kes Fashion Show Jenama Terkenal Tak Patuh SOP, Polis Kini ‘Cari’ Penganjur & Tetamu Yang Hadir

Fashion2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan dengan penularan video pertunjukan fesyen untuk koleksi raya dari jenama terkenal yang didakwa tak ikut SOP minggu lepas, ia telah mendapat perhatian daripada pihak berkuasa dan polis kini sedang mencari penganjur acara tersebut.


Malah Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya kini juga sedang mengesan tetamu dalam majlis yang berlangsung di Damansara Perdana pada hari Rabu lepas.

 

Kita akan membuat semakan daftar kehadiran melalui aplikasi MySejahtera.”

1015799

Katanya lagi, berdasarkan semakan video tersebut, dilihat semua tetamu yang hadir pada majis itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dalam tempoh PKPB ini.

“Penganjur juga telah memuat naik pelbagai gambar sepanjang berlangsungnya majlis yang dianggarkan kira-kira 50 tetamu tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial.”

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 22 (a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Untuk rekod, satu video fashion show dari sebuah jenama lokal mendapat perhatian netizen.

Selain dilihat tidak patuh SOP, pengasas jenama pakaian ini juga telah membuat satu kenyataan secara terbuka mengatakan dia memang tak pathh SOP sebelum memohon maaf atas ketelanjuran kataa itu dengan menyatakan bahawa ianya adalaah gurauan.

 

Baca : “Kata-kata itu hanya gurauan semata” – Teruk Dikecam ‘Fashion Show’ Tak Ikut SOP, Founder Buka Mulut Bagi Penjelasan

Capture 36

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.