in

Viral! Gerai Tepi Jalan Di Langkawi, Jual Roti Canai Biasa Harga RM4

Roti Canai Rm 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas insiden ikan siakap yang dicaj RM1,000 seekor di Langkawi, baru-baru ini, Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) katanya telah menerima lebih 100 aduan daripada pengguna berkaitan kenaikan harga makanan serta barang mentah di negeri tersebut.


Malah menurut Setiausaha CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff, kebanyakan aduan diterima adalah berkaitan kedai makan di daerah Kota Setar dan Kuala Muda yang mana membebankan pengguna yang mempunyai keluarga besar.

 

Roti canai biasa sekeping RM4?

Walau bagaimanapun baru-baru ini, mereka telah menerima aduan yang agak mengejutkan apabila pelancong dikatakan terkejut apabila perlu membayar RM4 untuk sekeping roti canai biasa di sebuah gerai di Langkawi, lapor Utusan Online.

Walaupun kita sedia maklum harga barangan dan bahan mentah mahal sekarang namun harga yang dikenakan pemilik gerai berkenaan tidak masuk akal,” kata Mohamad Yusrizal.

Roti Canai

Tambahnya lagi, isu peniaga kenakan caj makanan mahal kepada pelancong memang sudah lama berlaku di pulau peranginan itu terutamanya pada musim cuti.

“Dari dulu peniaga makanan di Langkawi ini akan menjual harga mahal jika tiba musim kemasukan pelancong dan ia kembali disoalkan setelah pembukaan gelombang pelancongan September lalu.

“Oleh itu, pihak kami meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah supaya selalu membuat pemeriksaan di premis dan gerai makanan yang mengambil kesempatan menaikkan harga makanan terlalu tinggi,” katanya lagi.

Helang Langkawi

CAKE juga pada masa yang sama menasihati peniaga makanan untuk tidak mengenakan harga yang membebankan pengguna dan pastikan meletak tanda harga supaya pengguna dapat buat keputusan pilihan sebelum pesan makanan.

Hadeh kalau sekeping roti canai pun RM4, memang parah ni… 

Baca: Peniaga Siakap Viral RM1,000 Gagal Kemuka Dokumen Dikehendaki, Bakal Didenda RM50,000

Siakap 4

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.