in

Viral Gambar Pengantin Lelaki Berseluar Pendek Atas Pelamin, Rupanya Ini Yang Berlaku

Feature 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, viral di media sosial tentang gambar perkahwinan pasangan raja sehari apabila pengantin lelaki hanya berseluar pendek dan tak berbaju ketika sedang bersanding di atas pelamin.


Gambar tersebut tular setelah dimuat naik oleh pengguna Twitter iaitu @br0wski. Ramai netizen yang tertanya-tanya macam mana perkara ni boleh terjadi ketika hari bahagia mereka. Kejadian ini dikatakan berlaku di Indonesia.

Jangan cepat buruk sangka sebab menurut Kompas.com, pengantin lelaki tu sebenarnya kemalangan jatuh motor empat hari sebelum majlis kahwin. Sebab tu lah, ada kesan luka pada bahu dan dia juga terpaksa memakai kain anduh ketika bersanding di atas pelamin.

Pengantin 1

Difahamkan, pasangan itu telah berkahwin pada 2 April lalu dan si suami tak dapat nak pakai baju kahwin pada ketika itu sebab dia baru je lepas pembedahan di bahu akibat kecederaan. Mungkin kesan luka tu akan lagi sakit kalau terkena kain. Isteri, Elinda Dwi Kristiani berkata kepada Kompas.com,

Suami saya kemalangan ketika keluar untuk membeli minyak dan tiba-tiba ketika dalam perjalanan, dia tak sedarkan diri dan kemudiannya dia terjatuh dari motosikal,”

Dia juga meluahkan rasa syukur sebab majlis mereka itu tetap berjalan dengan lancar. Rata-rata netizen juga salute dengan sikap bertanggungjawab pengantin lelaki yang tetap meneruskan majlis walaupun masih belum sembuh sepenuhnya.

Pengantin

Ha sebab ni lah kita tak boleh nak serkap jarang kalau nampak gambar atau video viral. Mesti ada kisah sebenar di sebalik sesuatu gambar tu kan. Apa-apa pun, selamat pengantin baru buat pasangan ni. 

Baca: Tular Video Pelamin Konsep Doraemon, Netizen Persoal Kenapa Pengantin Tak Senyum?

Biru

Sumber: Kompas.com
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.