in

Tular Video Pelamin Konsep Doraemon, Netizen Persoal Kenapa Pengantin Tak Senyum?

Cats 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Merancang majlis perkahwinan bukanlah mudah seperti yang disangka. Banyak faktor penting yang perlu diambil kira seperti makanan, tema warna, hiasan meja tetamu dan hiasan pelamin.


Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan sepasang pengantin sedang bersanding di atas pelamin yang berkonsepkan siri animasi popular Jepun, Doraemon.

@nenkthiashedenk

♬ Gratata melehoy – ᴀᴅɪᴛɪᴀ?

Dengan tema warna biru seperti warna Doraemon, pelamin pasangan ini dihiasi dengan bunga-bungaan berwarna biru serta patung Doraemon yang diletakkan di hadapan pengantin.

1 1

Namun, apa yang menarik perhatian warga maya adalah reaksi kedua-dua pengantin yang dilihat tidak senyum dan seolah-olah sedang tertekan. Jelas kelihatan seperti ada sesuatu yang sedang bermain di fikiran mereka berdua menerusi video tersebut.

Ketika sesi penggambaran sedang dijalankan, pasangan pengantin duduk di atas pelamin dan bersalaman seperti pasangan pengantin yang lain di dalam dunia ini.

Bezanya hanya satu sahaja, wajah mereka tidak memberikan apa-apa ekspresi dan kelihatan muram sepanjang sesi penggambaran.

2 1

3

Ketika artikel ini ditulis, video yang dipercayai dari negara seberang ini sudah pun mendapat 7.2 juta jumlah tontonan dan 42,000 komen.

Meninjau di ruangan komen pula, ramai yang beranggapan pasangan ini sebenarnya tidak menyukai rekaan pelamin berkonsepkan Doraemon ini.

“Muka muka tertekan”

A

“Yang ceria hanya doraemon nampaknya”

B

“Doraemon jadi bridesmaid”

C

Mungkin pelamin berkonsepkan Doraemon ini dipiilih oleh pihak lain tanpa persetujuan pengantin. Kesian juga kalau jadi macam ni.

Apa komen anda tentang video ini? Okay ke tak sebenarnya pelamin berkonsepkan Doraemon ni?

 

BACA: Selipar Jepun Sebagai Mahar, Pasangan Indonesia Ini Selamat Bernikah. Mudah Dan Jimat!

Cats 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.