in

[Video] WOW! Gadis Cantik Ini ‘Cover’ Lagu Kotak Hati Nyanyian Kumpulan Hujan Guna Bahasa Isyarat

Gambar Hiasan 3 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya, lagu ‘cover’ mungkin sudah menjadi kebiasaan didengari di Youtube, Spotify dan sebagainya. Tapi korang pernah tak korang dengar orang ‘cover’ lagu tapi guna bahasa isyarat? Haaaa pelik kan?


Namun, seorang gadis cantik ini menampilkan kelainan dalam industri muzik apabila membuat ‘cover’ semula lagu Kotak Hati nyanyian daripada kumpulan Indie terkenal, Hujan dengan hanya menggunakan bahasa isyarat je tau!

Menurut gadis yang bernama Nuramira Mohd Amin, 20 dia telah belajar bahasa isyarat ini sejak 2 tahun lalu. Walaupun sudah lama belajar bahasa isyarat itu, dia turut mengaku bahawa masih banyak lagi yang dia perlu belajar.

 

Video ini menjadi tular di twitter dan meraih lebih dari 150 ribu tontonan. Bukan sahaja menarik perhatian netizen, video kreatif ini turut mendapat perhatian dari vokalis dari Hujan sendiri iaitu Noh Salleh apabila beliau memuat naik video tular itu di instastory melalui akaun instagram miliknya.

Egyywtqvoae2Mfk
Disoal mengapa gadis ini melakukan ‘cover’ lagu dengan cara unik itu, dia menerangkan bahawa dia hanya mahu berkongsi keseronokan muzik itu dan menghayati alunan suara seseorang itu.
Sebab saya nak kongsi keseronokan muzik tu, saya bole nikmati merdunya suara seseorang tu, saya bole faham maksud lagu tu, So saya nak sharekan keseronokkan tu bersama.
Netizen turut meluahkan rasa sebak dan lebih feel apabila melihat ‘cover’ yang dilakukan dengan cara unik itu.
1 14
2 11
3 9
Min rasa sayu je bila tengok dia cover guna bahasa isyarat..
Q 5
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.