in

Rapatkan Jurang OKU & Individu Normal, Bahasa Isyarat Dicadang Jadi Bahasa Ketiga?

Untitled Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita seringkali ditekankan mengenai peri pentingnya untuk menguasai lebih daripada dua bahasa. Pengetahuan yang meluas dalam bahasa ini sebenarnya boleh membawa kita ke seluruh dunia.

Justeru tidak hairan, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang mahir bertutur dalam bahasa asing — seperti Korea, Mandarin dan lain-lain. Siap ada yang buat freelance sebagai translator. Bagus la tu kan?


Tapi pernah tak kita terfikir untuk menguasai bahasa isyarat?

Inilah yang ingin diperkasakan oleh Ras Adiba Radzi, nama yang tidak asing lagi dalam kerana sentiasa proaktif menjadi suara kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di negara ini.

Astro Awani hari ini melaporkan, bekas pembaca berita itu yang telah mengangkat sumpah sebagai Senator pada Mei lalu — mahu mencadangkan agar bahasa isyarat dijadikan sebagai bahasa ketiga di negara ini.

Katanya, penerapan pendidikan bahasa isyarat dari peringkat pra sekolah atau sekolah rendah adalah penting untuk membentuk sebuah komuniti yang mudah berkomunikasi dengan golongan pekak dan bisu.

Ia juga berpotensi untuk dijadikan sebagai pilihan kerjaya seseorang individu itu pada masa hadapan, sekali gus secara keseluruhannya — ia dapat membentuk Malaysia menjadi sebuah negara yang mesra OKU.

Namun semua itu masih dalam perbincangan dan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan pihak berkaitan untuk memperhalusi cadangan tersebut.

 

Baca: Tan Lee Bee : Individu Yang Sering Dipersendakan Oleh Netizen Kerana Dianggap Main TikTok Ini Bukan Calang-Calang Orang

Capture 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.