in

[VIDEO] Van ‘Block’ Laluan Kecemasan, Wanita Hamil Terpaksa Tahan Sakit Hadap ‘Jam’

Wanita Hamil Lalu Emergency Lane 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara perkara yang paling perit sekali adalah apabila kita perlu menahan sakit dalam kereta tanpa boleh berbuat apa-apa.

Itulah apa yang harus dilalui oleh Noor Izaty, 23, yang berdepan situasi cemas ini semasa dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Kuantan, Pahang.


Apabila menghampiri persimpangan Gopeng, Izaty berkata dia mengalami sakit perut dan rasa ngilu di bahagian alat sulitnya.

Screenshot 2022 11 01 163526

Disebabkan ketidakselesaan itu, dia terus memeriksa bahagian berkenaan dan mendapati telah berlaku pendarahan dan menyebabkan dia berasa seram sejuk.

Oleh kerana terfikirkan bayi di dalam kandungan, si suami terus menggunakan emergency lane sambil membuka lampu hazard.

Menurut Izaty, pada awalnya semua kenderaan memberi laluan kepada kami tapi ada satu van tiba-tiba block kami, lapor mStar.

@izatykhai

Pengalaman ✨ Terima kasih pada kereta yang beri laluan , kami suami isteri Betul emergency waktu tu 🫶🏻

♬ suara asli – Penyair Emosian – Penyair Emosian

Korang boleh tengok video lanjut di sini.

Pemandu tersebut sengaja menggunakan separuh sahaja emergency lane tersebut sekali gus menjadikan ruang yang tinggal tidak muat untuk kereta mereka melaluinya.

Tanpa pilihan lain yang ada, si suami terpaksa meneruskan perjalanan dengan menggunakan lane biasa yang tengah jam itu.

Apabila sampai di klinik, mereka perasan ramai orang sedang beratur kerana ketika itu waktu lunch hour dan ketiadaan doktor. Maka, pasangan suami isteri itu membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan dan cari hospital di sekitar kawasan Kuantan, Pahang.

Hasil pemeriksaan doktor, kandungan Izaty berada dalam keadaan baik dan pendarahan yang dialami berpunca dari komplikasi geseran uri sahaja.

Screenshot 2022 11 01 163933

Dia juga turut menyampaikan pesanan kepada pengguna jalan raya untuk memberikan laluan kepada mereka yang sedang menggunakan laluan kecemasan.

“Tolong la permudahkan urusan orang lain. Jangan fikir orang yang guna laluan kecemasan ini menipu, hanya segelintir je macam tu.”

“Bila nampak ada orang nak guna laluan kecemasan, bagi je dia lalu. Mungkin dia sedang bawa orang bertarung nyawa ke,” ujar Izaty.

Baca : Lebih 30 Ibu Hamil Duduk Berhari-hari Di Kerusi Sampai Sakit Badan Sebab Katil di Hospital Kerajaan Penuh

Ft Wad Bersalin Hospital Kerajaan Tak Cukupkatil 1 758X399 1

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.