in

Video Viral Tunjuk Penumpang ‘Boarding’ Pesawat Lion Air JT610 Sebelum Terhempas

Boarding Jt610

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Video Viral Tunjuk Penumpang 'Boarding' Pesawat Lion Air JT610 Sebelum Terhempas
Loading
/

Viral di media sosial sekarang video yang menunjukkan penumpang pesawat Lion Air JT610 tengah ‘boarding’. Menurut INSIDER, video tu dihantar salah seorang mangsa Paul Ferdinand Ayorbaba, 43, kepada isterinya.


Video itu dihantar lebih kurang 35 minit sebelum pesawat malang itu terhempas di perairan Kerawang sebaik berlepas dari lapangan terbang Jakarta.

Ayorbaba Isteri
sumber: tribun

Isteri Ayorbaba, Inchy beritahu yang dia tonton video berdurasi 1 minit 31 saat tu pada jam 6.30 pagi sebelum sambung tidur semula. Malangnya, pesawat tu terhempas hanya 3 minit selepas itu.

Suami saya hantar video tu melalui Whatsapp. Itu kali terakhir dia hubungi saya, mesej terakhir dia kepada saya.”

Video tu menunjukkan para penumpang sedang melepasi boarding checkpoint dan Ayorbaba sempat menunjukkan tiket penerbangan dia yang jelas tertera JT610 tu.

Jt 610

Menurut Inchy, sebelum ini suaminya tak pernah hantar video seperti itu meskipun selalu outstation atas urusan kerja. Selalunya, Ayorbaba hanya akan menghantar gambar dan mesej saja melalui Whatsapp.

Hanya pada jam 9 pagi barulah Inchy mendapat berita tentang pesawat itu yang terhempas.

Saya tonton semula video itu. Saya nampak pas penerbangan yang dia tunjuk dan saya terus tahu dia ada dalam pesawat yang terhempas itu.”

Sebaik mendapat tahu, dia terus cuba telefon dan mesej Ayorbaba di Whatsapp dengan harapan suaminya tu tak jadi menaiki pesawat tersebut. Dia kemudian terus hubungi keluarga dan memaklumkan tentang nahas tersebut.

Mayat Lion Air
sumber: cbs news

Menurut Inchy, Ayorbaba itu sangat bertanggungjawab dan seorang bapa yang baik kepada 3 orang anak mereka. Dia juga dikatakan seorang yang penyabar dan mereka sekeluarga sangat merasakan kehilangannya.

Baik sekali, orang yang paling baik, tidak pernah marah, sangat sayang pada keluarga. Dia kuat, penyayang dan seorang yang sangat bijak.”

Ayorbaba Wife
sumber: kumparan

Wanita berusia 33 tahun itu juga beritahu yang suaminya tu tidak pernah lupa untuk mengucapkan kata sayang setiap kali mahu keluar bekerja atau outstation.

Inchy dan 3 anak mereka redha dengan takdir ini dan kini hanya menanti keputusan DNA yang telah diberikan kepada pihak berkuasa.

Tonton video yang dihantar Ayorbaba kepada Inchy:

Sumber: Youtube

Moga Inchy dan anak-anak tabah dengan pemergian mengejut Ayorbaba…

Baca: Kotak Hitam Dijumpai, Penyelam Bawa Keluar Dari Kedalaman 30 Meter #LionAirJT610

Kotak Hitam Jumpa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.