in

Kotak Hitam Dijumpai, Penyelam Bawa Keluar Dari Kedalaman 30 Meter #LionAirJT610

Kotak Hitam Jumpa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Kotak Hitam Dijumpai, Penyelam Bawa Keluar Dari Kedalaman 30 Meter #LionAirJT610
Loading
/

Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemukan perakam data penerbangan (FDR) pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di Laut Jawa, lapor Harian Metro.


Menurut Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi,  FDR itu ditemui di kedalaman 30 meter, iaitu 500 meter dari koordinat pesawat tersebut dilaporkan terhempas.

Difahamkan, penyelam tentera Indonesia telah berjaya keluarkan kotak hitam pesawat itu pada jam 10.05 pagi tadi dan ianya masih dalam keadaan sempurna.

Kotak 4
sumber: mstar

Sumber: Twitter

“Kami menemui sebahagian kotak hitam, iaitu FDR, (tapi) perakam suara kokpit (CVR) masih belum ditemui,” kata Syaugi.

Penyelam yang menemui FDR berkenaan, Sertu Hendra beritahu yang dia melihat sebuah kotak berwarna oren tertimbus di dalam lumpur di dasar laut yang berlumpur itu.

“Ketika itu saya menyelam di kedalaman 30 meter, saya juga melihat adanya bangkai pesawat, yang panjangnya kira-kira satu meter setengah.

“Kami mengorek di celah sisa pesawat serta dasar laut dan mengeluarkan kotak hitam itu.”

Kotak 3

Kotak 2

Kotak 1
sumber: berita harian

Kotak hitam tu mengandungi FDR (yang merekodkan percakapan di dalam pesawat) dan CVR (yang merekodkan percakapan juruterbang dan pembantu juruterbang di kokpit).

Baca: TERKINI: Bangkai Lion Air JT610 Berjaya Dikesan

Jt610 Dikesan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.