Benarlah kata orang, kasih ibu sampai ke syurga. Sejak dari kecil sebesar tapak tangan lagi dia menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Bila dah besar panjang dan ada anak berderet pun, kasih sayang seorang ibu ni masih tak berubah!
Buktinya? Lihatlah video yang viral di Facebook kat bawah ini. Sebelum tekan play, sediakan tisu banyak-banyak ye.
“Anak-anak dia dah umur 50 tahun ke atas, still cubit ikan dan tengok satu-satu takut ada tulang”
Menerusi perkongsian di Viral Media Johor, video ini menunjukkan seorang ibu tua yang gagah menyuap nasi kepada setiap seorang anaknya yang sudah berusia 50 tahun ke atas.
Cucu-cucu yang melihat situasi tu tersedu-sedan menangis. Dalamnya kasih sayang seorang ibu kepada anak-anak. Siap tengok kot-kot ikan tu ada tulang lagi!
“Mata Masuk Habuk Malam2… ???
“Perhatikan walaupun anak2 die dah umur 50tahun keatas still cubit ikan dan tngok satu2 takut ade tulang?? inilah sifat ibu ? kami cucu2 ni pun bagai nk gile menangiss??..
“Ya allah?? panjangkan umur mek kami ..
memories terindah .. #yg rakam tu separuh gila menangis?”
https://www.facebook.com/ViralMediaJohor/videos/412041716250673/
“Kadang balik kerja nampak mak tengah makan, saja pergi dekat cakap nak suap… Bila dia suap tu… Allah”
Rata-rata netizen yang melihat video ni berasa sangat terharu dan mengimbau kembali kenangan disuap ibu masing-masing makan semasa masih kecil. Siapa yang tak rindu suapan dan masakan ibu kan? Min pun rindu!
“Tak boleh tengok sampai habis… orang lain yang menyuap, orang lain yang nangis”
Min doakan semoga ibu kepada anak-anak dalam video di atas sentiasa sihat dan dirahmati Allah selalu. Bagi mereka yang dah tak ada ibu bapa lagi, marilah kita sedekahkan Al Fatihah buat mereka. Amin.