in

“Jasad di depan mata, mengalir air mata ayah” – Netizen Sebak Lihat Pelajar Giat MARA Meninggal Dalam Dakapan Ibu Bapa

Syurga Ibu Ayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Benarlah kata-kata ajal dan maut di tangan Tuhan. Selalunya anak-anak yang melihat kematian ibu bapa mereka. Tapi bayangkan pula bagaimana perasaan ibu bapa yang melihat kematian anak mereka di depan mata? Pasti sedih bukan… 

Menurut Harian Metro, awal pagi tadi berlakunya satu kemalangan yang meragut nyawa seorang pelajar GiatMARA ketika dalam perjalanan menghadiri konvokesyen di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban sekitar jam 7.10 pagi.


 

Anak mati di pangkuan ibu dan ayah

Suasana berubah jadi pilu apabila mangsa, Muhammad Firdaus Abdul Rahem, 20 dilaporkan meninggal dunia di pangkuan ibu dan ayahnya selepas mengalami kecederaan pada rusuk kiri. 

56167985 396719417827606 6451806181634605056 N

Metro
sumber: facebook

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan,  kereta yang dipandu ayah mangsa, Abdul Rahem, 65 dari arah Seremban menghala ke Paroi telah bertembung dengan motosikal Kawasaki ZR800 ditunggang Kamaruzaman Ismail, 36 dari arah bertentangan.

Motosikal tersebut dilaporkan merempuh pintu hadapan bahagian penumpang yang mengakibatkan mangsa maut dan penunggang tu pulak parah di kepala dan badan. Allah… 

56236218 396719497827598 8010645165645496320 N

56558637 396719474494267 3044431462611812352 N
sumber: facebook

 

“Adik nak pakai baju putih” 

Menurut kakak mangsa, Rozi Abdul Rahem, 41, adiknya mula menunjukkan petanda pelik apabila meminta untuk memakai baju warna putih semasa dalam persiapan untuk hadiri Majlis Konvokesyen GiatMARA yang diadakan pagi ini.

“Saya dapat tahu kejadian daripada bapa yang menghubungi saya kira-kira jam 7.30 pagi. Ketika itu, saya tidak tahu keadaan adik dan segera bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, hanya emak dan bapa yang masih di lokasi manakala adik sudah dibawa ke hospital dengan ambulans. Ketika itu, baru saya tahu adik sudah tiada,” kata Rozi.

56673185 396719534494261 10297570639216640 N

56314666 2316203431990237 2562912796337504256 N
sumber: facebook

 

“Ibu bapa yang hilang anak lagi dahsyat kedukaannya daripada anak yang kehilangan ibu bapa” 

Rata-rata netizen yang membaca kisah ini berasa sangat sebak dan pilu akan nasib yang menimpa ibu bapa remaja tersebut. Semuanya mendoakan semoga ibu bapa mangsa tabah menghadapi dugaan tersebut.

Anak
sumber: facebook

Dalam pada itu, jenazah Muhammad Firdaus dibawa pulang ke Ampang dan telah dikebumikan selepas Zohor tadi.

Al fatihah… bertabahlah wahai ibu dan ayah. 

Baca: “Mimpi ngeri seorang guru” – Isu Kemalangan Libatkan 3 Nyawa Murid, Guru Sekolah Luah Rasa Takut Dipersalahkan Ketika Jalankan Tugas

Pelajar Guru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.