[Video] “Tak payahlah!” – Suasana Kecoh Di Mahkamah, Najib Tengking Polis Sebab…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Seperti mana yang semua tahu, prosiding kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang berlangsung sekarang dan semalam merupakan hari yang keempat.

Pun begitu, sebaik saja prosiding semalam selesai, Malaysiakini melaporkan telah berlakunya kekecohan di luar mahkamah melibatkan bekas PM tersebut dengan seorang mahasiswa. 

 

Najib tengking anggota polis? 

Semuanya bermula apabila Najib yang baru saja keluar ke perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur telah ditegur oleh seorang pemuda yang mendakwa sebagai pelajar dari sebuah universiti.

Sumber: Malaysiakini

Pemuda itu kemudian bertanya kepada Najib, mengapa dia tidak dibenarkan daripada mendengar perbicaraan berhubung kes SRC International Sdn Bhd. Namun situasi tersebut tiba-tiba bertukar tegang apabila seorang anggota polis menghalang pemuda terbabit dari mengajukan soalan. 

Najib kemudian mengatakan ‘tak payah’ kepada anggota polis berkenaan dan menepis tangannya sebelum menjerkah kuat kepada polis terbabit.

Tak payahlah,” jerkah Najib.

 

“Saya berterima kasih dan memohon maaf kepada pihak polis” 

Walau bagaimanapun, Najib Razak sempat memalingkan wajahnya dan memohon maaf kepada anggota polis terbabit. Bagi menjawab soalan pemuda tadi, Najib berkata perkara itu sebenarnya berada di luar bidang kuasanya.

“Saya tak tahulah, kena tanya mahkamah, bukan saya punya kuasa,” katanya. Haa ada betul jugak. Kenapa tanya Najib? Sepatutnya tanya mahkamah!

Sumber: Malaysiakini

Pun begitu, Najib kemudian menulis satu posting di Facebook untuk menjawab kekeliruan netizen di luar sana berkaitan apa yang berlaku kepadanya semasa di mahkamah tadi.

Menurut Najib, dia cuma mahu pihak polis memberi peluang kepada anak muda tersebut bertanya soalan dan dia juga tidak mahu pemuda tersebut ditahan oleh pihak polis. Sebab itulah baginya penting prosiding ini ditayangkan melalui FB Live atau di Youtube.

Sumber: Facebook

Apa-apapun min rasa janganlah kita mengecam bekas PM kita ni sebelum melihat situasi sebenar yang berlaku. Yelah kan ‘bosskiter’ ni baru je keluar dari prosiding mahkamah, mestilah beliau stress bila macam-macam berlaku. Semoga ‘bossku’ terus tabah. 

Baca: 10 Tahun Lalu Najib Razak Angkat Sumpah Jadi PM, Kini Pada Tarikh Sama Bakal Hadapi Tuduhan Kes Pada 3 April 2019

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!