in

[Video] “Samsul kena marah” – Si Bulus Lari Lintang Pukang, Kena Bebel Gara-gara Rosakkan Modem WiFi

Ft Kucing Final 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi korang yang ada membela haiwan peliharaan khususnya kucing atau anjing, sudah tentu ada sahaja keletah ‘nakal’ mereka yang sering membuatkan korang pening kepala bukan?


Setiap hari ada sahaja barang di dalam rumah korang yang rosak gara-gara dijadikan sebagai alat ‘permainan’ baru mereka.

Dah ada toys sendiri pun, nak juga main barang kita. 

Apabila dimarahi pula, sudah tentu mereka akan membuat muka ‘comel’ sehinggakan tuan rumah pun terpengaruh dengan kecomelannya sehingga tidak jadi untuk marah.

Seperti sebuah klip video yang telah dimuat naik melalui aplikasi TikTok oleh pemilik akaun @Maskumis ini, gelagat ‘nakal’ si bulus peliharaannya ini meraih perhatian netizen sehingga berjaya mendapat lebih daripada 1 juta tontonan.

 

‘Kantoi’ rosakkan WiFi, lari sebalik langsir

Kucing Wifi

Si bulus miliknya yang diberi nama Samsul ini telah ‘kantoi’ bermain dengan modem WiFi yang dipasang dirumahnya sehingga menyebabkan WiFi tersebut rosak.

Disebabkan itu, lelaki tersebut bertindak ‘membebel’ untuk memarahi keletah nakal kucingnya itu sehingga menyebabkan si bulus bertindak melarikan diri di sebalik langsir rumah kerana takut dimarahi oleh tuannya.

Pemiliknya tidak berdiam diri malahan turut ‘mengekor’ sambil menyelak langsir tersebut untuk terus memarahi kucingnya yang kelihatan terpinga-pinga itu sebelum ia bertindak melompat masuk ke dalam sebuah kotak.

Orang marah jangan kabur (lari). Ini tanggungjawab nak! Wifinya rosak nak!

Kucing Nyorok

 

‘Menyorok’ pula dalam kotak

Apa yang melucukan, si bulus itu terus ‘menyorok’ dan mendiamkan diri di dalam kotak walaupun sudah dipanggil berkali-kali oleh tuannya supaya ‘bertanggungjawab’ dengan kerosakan yang dibuatnya.

Samsul! Samsul, keluar! Keluar!

Kucing Kotak

 

‘Abang’ Samsul kena bebel juga

Bukan setakat itu, lelaki ini juga bertindak untuk membebel pula kepada seekor lagi kucing peliharaannya yang merupakan ‘abang’ kepada Samsul kerana berkerjasama untuk merosakkan modem WiFi tersebut.

Abang, adik sama je!

Kucing Abang

 

‘Mak’ pun kena marah, tak pandai jaga anak

Kucing Mak

Malahan, seekor lagi kucing yang berwarna putih yang merupakan ‘ibu’ kepada Samsul yang tidak bersalah turut menjadi mangsa bebelan lelaki itu gara-gara hanya duduk diam di tepi sudut dan tidak menghalang perbuatan ‘nakal’ anak-anaknya.

Kau lagi satu. Kau dah ada anak, tolong dididik baik-baik Alexi. WiFi itu berbayar, bukan percuma. Nanti aku miskin, tak makan kalian. 

@ejaak15

Kemaren kabel cas sekarang wifi ?

♬ original sound – Maskumis – Maskumis

Video yang berdurasi selama beberapa saat ini berjaya menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat ‘keluarga’ ini terutamanya Si Samsul yang berlari lintang-pukang menyelamatkan semasa dibebel.

Aduhai, si ibu yang tak bersalah pun kena marah sebab tak pandai jaga anak. 

Baca: “480 kucing & 12 anjing” – Wanita ‘Relaks’ Bela 492 Haiwan Peliharaan Dalam Rumah Baca Kucing 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.