in

[VIDEO] ‘Rider’ Tular Tak Lari Lepas Tergesel Kereta, Fasha Sandha Jemput Datang Rumah

Ft Adik Rider Fasha Sandha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan situasi di mana seorang rider penghantar makanan dengan tidak sengaja telah terlanggar sebuah kereta.


Apa yang menarik perhatian netizen, tindakan rider tersebut yang beradab dan tidak lari serta dia berniat untuk membayar ganti rugi kenderaan yang dilanggarnya itu telah meraih pujian ramai.

Bertanggungjawab bila dah buat salah

@onsir11

Hari tu kereta Parking tak jumpa , hari ni kereta kena langgar pulak ??? #fyp #onsir #tiktok #tiktokviral #bantumalaysia #iklasituindah

♬ original sound – Andrew Cheah 谢华光 – On Sir – Andrew Cheah

Dapat dilihat, pemilik kenderaan tersebut telah bertindak memaafkan dan bertolak ansur terhadap kesilapan yang dilakukan oleh rider yang berusia 19 tahun itu.

Susulan kejadian berkenaan, pelakon, Fasha Sandha telah tersentuh dengan sikap rider tersebut dan berhajat untuk bertemu dengan rider tersebut.

Screenshot 2

Fasha Sandha turut berniat untuk menghadiahkan token kepada rider tersebut di atas tindakannya yang bertanggungjawab itu serta kegigihannya bekerja untuk mengumpul duit.

Berjaya jumpa adik rider! Siap dapat hadiah makanan dari adinda YDP Agong

Menerusi sebuah posting berbeza, Fasha sudah pun bertemu dengan rider yang dikenali sebagai Shahril Bin Zakaria dan menjemputnya datang ke rumah.

Fasha sempat memberi pesanan agar orang ramai dapat mengambil teladan daripada kisah adik rider tersebut.

Apa yang lebih menarik, Fasha akui tidak sangkat apabila Adinda Bongsu YDP Agong, Tengku Dato’ Hajjah Shahariah Binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sudi mengirimkan makanan buat mereka untuk sama-sama menjamu selera bersama rider tersebut.

Screenshot 3

Fasha akui begitu terharu dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi ingatan kerabat diraja kepada rakyat biasa seperti dirinya.

Difahamkan, baginda telah mengirimkan direct message (DM) kepadanya serta menyatakan ingin menghantar makanan ke rumah selepas mengetahui situasi yang dihadapi rider tersebut.

Semoga dimurahkan rezeki semua pihak yang terlibat..

Baca  : “Cari duit kahwin” – [VIDEO] Abang ‘Rider’ Terkejut Dapat ‘Tips’ RM500 Dari Pelanggan

Ft Grab Rider Rm500 728X383 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.