in

“Bukan 15-30 minit tapi berjam-jam!” – Fasha Sandha Hilang Sabar, Sound Pelakon Selalu Datang Lewat Ke Set

Syaz Ft 2026 08 05T102729.099

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon popular, Fasha Sandha, meluahkan rasa terkilan dan berang dengan sikap seorang pelakon yang dipercayai sering hadir kelewat ke set penggambaran sehingga mengganggu kelancaran penggambaran dan menyusahkan ramai pihak.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya, Fasha mendedahkan bahawa individu berkenaan bukan sahaja tidak menepati masa (calltime), malah sering membiarkan kru dan pelakon lain menunggu berjam-jam.


Menurut Fasha, kelewatan pelakon tersebut bukanlah perkara baharu dan ia berlaku hampir setiap hari.

Artikel berkaitan: Ibarat Dihina Kerana Naik Kelas Ekonomi, Fasha Sandha Kecewa Dengan Sikap Pramugari

Artikel berkaitan: “Mohon maaf sangat”  Aidil Aziz Enggan Komen Penampilan Fasha Sandha Berlakon Tidak Bertudung

 

View on Threads

 

“Call time kamu 8AM, kamu sampai set 8:58 AM belum make up dan siap. Dah lewat sejam takde la nak say sorry ke apa pada semua.

Saya call time jam 9AM, 8:20 saya datang dah siap make up dan dah ready nak masuk set ya,” tulisnya.

Fasha turut menambah bahawa tempoh menunggu menjadi semakin lama kerana pelakon tersebut mengambil masa yang panjang untuk bersiap selepas tiba di set.

“Sabar orang boleh sabar. Lewat 5 minit ke 15 minit OK, ini sejam dua selalu. Dah lewat sejam nak tunggu kamu siap sejam setengah, maknanya 2 jam setengah ke 3 jam la nak hadap lewat kamu ni setiap kali kita berlakon sama-sama,” katanya lagi.

Fasha yang terkenal dengan sikap profesionalisme dan menepati masa di set penggambaran menegaskan bahawa tindakannya bersuara adalah kerana tahap kesabarannya sudah mencecah had.

Katanya, sebelum ini dia memilih untuk berdiam diri dan cuba menjaga periuk nasi pelakon berkenaan, namun sikap pelakon itu yang tidak menunjukkan rasa bersalah membuatkan dia terpaksa bertegas.

“Sebelum ini saya takde nak mention nama, sebab nak lindung kamu. Nak jaga periuk nasi kamu. Sabar orang ada had ye.

Hormat la masa orang lain. Tak hormat saya takpe, hormat la produksi yang bagi kau punca rezeki,” katanya.

Lebih menyedihkan buat Fasha, masa yang terbuang di set penggambaran sepatutnya boleh dimanfaatkan bersama keluarga dan anak-anaknya.

“Jangan main-main dengan masa aku. Aku ada anak-anak, daripada tunggu 2-3 jam utk kelewatan kau baik aku spend time dengan anak-anak aku. Kau berlakon sorang-sorang ye,” tambahnya.

Fasha turut ‘menasihati’ mana-mana pelakon yang tidak boleh bangun pagi atau menjaga disiplin masa supaya menjadi penerbit sendiri agar bebas menentukan waktu kerja mengikut kehendak sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.