in

[VIDEO] Rider FoodPanda Rempuh Pagar Rumah Orang Gara-gara Dikejar Anjing Liar

Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tugas menjadi rider ni bukanlah mudah, selain perlu menghadapi bahaya ketika di atas lebuhraya, mereka juga terdedah dengan risiko lain juga.


Macam baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang rider FoodPanda cedera sewaktu menghantar makanan di satu kawasan perumahan gara-gara dikejar anjing.

Kejadian ini berjaya dirakam oleh CCTV sebuah rumah menunjukkan motosikal yang ditunggang laju oleh penghantar makanan itu telah merempuh pagar rumah hingga menyebabkan rider tersebut terhentak dan terjatuh.

Turut kelihatan dua individu yang berada di dalam rumah tersebut sempat melarikan diri sebelum motosikal rider malang itu merempuh pagar rumah mereka.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku apabila rider tersebut panik dan cuba larikan diri selepas dia dikejar anjing liar.

Korang boleh tengok sendiri video dekat bawah ni, memang nampak kuat betul impak rempuhan ni.

Selepas terjatuh, dapat dilihat rider tersebut cuba menenangkan diri serta menahan sakit selepas kemalangan itu. Namun tak dapat dipastikan tahap kecederaan yang dialaminya.

Rata-rata netizen yang melihat video ini turut menghulurkan simpati mereka dan mendoakan agar tiada kecederaan serius yang dialami oleh rider malang ini.

Screenshot 2021 08 20 At 1.36.28 Pm Down

Allahu, kesiannya dia memang nampak sakit betul tu…

 

Baca: “Semput sangat tu sampai terkeluar loghat nogori” – Dikejar Anjing Ketika Berbasikal, Bebelan Lelaki Ini Tarik Perhatian

Screenshot 2021 08 20 At 1.45.11 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.