Beberapa hari lalu, telah tular sebuah video seorang peserta program realiti nyanyian All Together Now Malaysia (ATNM) yang dikatakan biadab dengan salah seorang juri, Catriona Ross.
Sikap dan jawapan yang dilontarkan oleh peserta tersebut telah mendapat perhatian warganet kerana merasakan nada yang digunakan olehnya tidak sopan.
Terbaru, telah tular sebuah video di TikTok apabila seorang lelaki berkongsikan pandangannya apabila dia tidak menyalahkan peserta itu, sebaliknya dia berkongsikan pengalamannya berkhidmat di belakang tabir selama 6 tahun.
@atifzul #stitch with @Datuk Syafinaz FANS “BIADAP”..Tapi ramai je dalam industri hiburan bercakap macam tu. #alltogethernow #syafinaz #biadap #viral
Melalui video tersebut, dia tidak menafikan bahawa peserta berumur 16 tahun itu berkelakuan biadab semasa menjawab persoalan juri.
“Mungkin dia ambil perangai dari orang industri”
Namun, dia mendedahkan yang budaya ‘kurang ajar’ itu sebenarnya adalah perkara yang biasa berlaku dalam industri terbabit lagi-lagi semasa di belakang tabir.
Lelaki itu kemudian berkongsi cerita mengenai pengalamannya bekerja di belakang tabir dengan beberapa artis yang juga merupakan di kalangan juri ATNM.
Antara sebab dia tidak menyalahkan peserta tersebut adalah kerana dia mendakwa artis-artis lain memang mempunyai ‘perangai’ itu.
“Saya tak salahkan budak tu sangat lah. Tapi for me it’s a growing process and I’m sure, dia ambil kutip perangai macam tu dari seseorang atau pun dari ramai orang dalam industri,” katanya.
Industri hiburan penuh dengan orang toksik?
Individu tersebut juga telah mendakwa yang industri hiburan ini sememangnya dipenuhi dengan orang-orang yang toksik dan perkara itu dianggap biasa dalam bidang tersebut.
“Kerana industri hiburan ni ada ramai sangat orang yang toksik. Dia orang memang… sangat biasalah,” tambahnya.
Bahkan, dia turut berasa terkejut pihak media kebanyakkannya menganggap gadis terbabit biadap sedangkan hal seperti itu adalah perkara biasa yang berlaku di belakang tabir.
Apa kata warganet?
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pendapat dari pelbagai sudut yang berbeza dan ramai yang bersetuju dengan lelaki tersebut.
Betul ke budaya macam ni diterima dalam industri hiburan?