in

“Mestilah I minat kalau tak buat apa I bawa” – Juri Bengang Cara Peserta ATNM Umur 16 Tahun Ini Jawab Soalan

Ft Catriona Ross Sekolahkan Peserta Biadap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Program realiti nyanyian All Together Now Malaysia musim kedua sudah berlangsung dan malam tadi merupakan minggu kedua. Program yang menampilkan 50 orang juri ini dilihat telah mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana ia sering diperkatakan di media sosial.


Terbaru, satu video tular apabila ada seorang peserta berumur 16 tahun dikatakan biadap dengan salah seorang juri, Catriona Ross.

 

Nasib baik you bukan anak murid I, kalau anak murid I cakap macam tu, dah lama menangis.”

Dalam video itu dilihat, Catriona ada bertanyakan satu soalan kepada peserta itu, tetapi cara dia menjawab itu membuatkan Datuk Syafinaz selaku ketua juri turut bersuara dan meminta peserta tersebut untuk sentiasa jaga adab dan sikap.

Malah Ajai yang merupakan salah seorang juri juga turut meminta agar peserta tersebut menghormati majlis.

“Awak kena hormat majlis. Kalau awak hormat majlis, tak sedap pun jadi sedap.”

Bukan itu sahaja, Catriona Ross ada juga ‘sekolahkan’ peserta tersebut di belakang pentas. Menerusi Instagram miliknya, Catriona turut memberikan nasihat kepada orang ramai untuk jaga empat perkara ini jika ingin mencapai cita-cita dan impian.

Menurut Catriona, empat perkara ini yang diterapkan olehnya sejurus sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti.

1- Attitude. Jaga tutur kata. How you speak shows your character.
2- Hormat. Bila ada bersifat menghormati sesama kita,kita akan sangat disenangi. Malah, akan juga diingati.
3 – Disiplin. Ini kunci penting why some people succeed in life. Disiplin juga determines where you can be in life.
4 – Merendah diri. Sangat penting. Terlalu.

Di ruangan komen, rakan-rakan artis turut menyokong dengan kata-kata Catriona Ross bahkan ada yang juga yang turut marah apabila menonton video tersebut.

Baca : [VIDEO] Guru Biadap Dipecat Lepas Tindakan Ganggu Pelajar Sedang Solat Tular Di Media Sosial

Ft Guru Biadap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.