in

[VIDEO] Pengantin Kecewa, Majlis Kahwin Musnah Gara-gara ‘Wedding Planner’ Datang Jam 1 Petang

Wedding Planner Tipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut sahaja soal perkahwinan, mesti setiap pasangan mengimpikan sebuah majlis yang terbaik buat mereka. Mana taknya, momen sebegini hanya datang sekali seumur hidup dan akan dikenang sehingga ke anak cucu.


Namun, berbeza pula dengan nasib wanita ini apabila hari yang sepatutnya indah bertukar menjadi suram buat dia dan suami apabila kejadian yang tak disangka-sangka berlaku.

Menerusi perkongsian @jennymazni92 di TikToknya ini ada memuatnaik satu video yang menunjukkan dirinya sangat kecewa selepas wedding planner yang diupah telah lewat dalam menguruskan majlis kahwinnya. Sampai hati wedding planner tu!

@jennymazni92

Ada ke majlis korang yang kena teruk dgn wedding planner?? Lambat lembab! Servis out. Cuba komen sikit & apa tindakan korang ye? ?? #fyp #fypシ #foryoupage

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Dalam video tersebut, wanita yang lebih dikenali sebagai Jenny ini menyatakan bahawa majlis yang sepatutnya bermula pukul 11 pagi tak berjalan seperti yang dirancangkan apabila perancang majlis masih tak hadir ke dewan walaupun sudah pukul 12 tengah hari.

Malah, pihak pengantin juga terpaksa bermandi peluh menyewa meja lain selepas melihat kedatangan para tetamu di luar dewan. Apa yang membuatkan dirinya bertambah tak puas hati bila pihak perancang majlis dan katering hanya tiba pada jam 1 petang.

Para tetamu yang hadir terpaksa berdiri menunggu di luar dewan memandangkan tiada lagi makanan terhidang. Walaupun sedih, pasangan itu masih mampu tersenyum biarpun menyimpan seribu satu kedukaan dalam hati.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa pasangan tersebut dan ada juga yang mencadangkan agar mereka membuat laporan polis serta mengambil tindakan tegas terhadap wedding planner berkenaan.

“Boleh saman ni sis” – Komen netizen

“Blacklisted! bertabahlah ye” – Komen netizen

Komen Wedding

Mungkin ramai yang kena selidik dengan lebih mendalam sebelum bersetuju dengan mana-mana wedding planner. Maklumlah sekarang ni banyak orang suka ambil jalan mudah nak dapatkan duit!

Baca: “Kena scam dengan wedding planner” – Netizen Kongsi Pengalaman Buruk Ketika Majlis Perkahwinan

Bawah Kawin

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.