in

[VIDEO] Pengantin Hanyut Dihempas Ombak Kuat Masa Tengah Buat Photoshoot Atas Batu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu benda yang paling orang look forward sekali bila kahwin adalah photoshoot. Mana taknya, dengan cara ni dapatlah kita abadikan antara momen terindah dalam kehidupan kita.


Namun untuk satu pasangan ini, photoshoot perkahwinan mereka akan menjadi satu peristiwa yang mungkin sukar dilupakan bila tiba-tiba satu ombak besar telah menghempas batu tempat dorang berdiri untuk ambil gambar di pantai dekat Selatan California.

Kejadian ini sempat dirakam oleh kamera yang diletakkan di hotel berdekatan. Dalam video tu, korang boleh tengok pasangan yang sedang memakai baju pengantin ini tengah ambil gambar berlatar belakangkan lautan pasifik sebelum tiba-tiba satu ombak besar datang dan hanyutkan dorang.

Saksi di tempat kejadian yang terkejut dengan apa yang berlaku telah memanggil bantuan. Beberapa lifeguard yang ada berdekatan tempat ini telah membantu menyelamatkan pasangan ini.

Korang boleh tengok sendiri macam mana salah seorang lifeguard bawa keluar pengantin perempuan dari air dan di bawa ke pantai sebelum ditempatkan bersebelahan pengantin lelaki yang telah diselamatkan dahulu.

Menurut laporan abc7 news, pasangan pengantin baru ini tak mengalami apa-apa kecederaan pun begitu identiti dorang masih belum dikenal pasti.

Nasib baiklah dorang selamat.

 

Baca: “Family paksa teruskan majlis” – Pengantin Lelaki Mati 2 Hari Lepas Kahwin, Lebih 250 Sah Positif Dalam Seminggu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.