Remaja Dikhuatiri Lemas, Dibawa Arus Deras Lepas Jatuh Sungai

Jadikan sumber pilihan di Google
Remaja Dikhuatiri Lemas, Dibawa Arus Deras Lepas Jatuh Sungai

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai sebelum dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Kampung Kolong Sungai Tengah, Kuching, Sarawak, petang semalam.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohamad Fauzi Mohamat Kifli, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.32 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.


Screenshot 2026 02 21 At 12.29.49 Pm

Artikel berkaitan: Lelaki Warga China Dikhuatiri Lemas, Hilang Ketika Mandi Di Pantai Pulau Langkawi

Artikel berkaitan: Pelajar Tingkatan 1 Ditemui Lemas Selepas Terjun Ke Dalam Sungai Untuk Selamatkan Abang

Berdasarkan maklumat awal saksi, mangsa yang dikenali sebagai Fahrell Zaquan Hasbullah dilaporkan sedang bermain bersama seorang rakan di tebing sungai sekitar jam 4 petang sebelum dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam air.

Arus sungai yang deras menyebabkan mangsa dihanyutkan dan gagal diselamatkan.

Ketika kejadian, mangsa dilaporkan tidak berbaju dan hanya memakai seluar panjang berwarna putih.

Rakan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan bomba menjalankan pencarian di sekitar tebing dan permukaan sungai, namun operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 6.43 petang berikutan keadaan semakin gelap dan faktor keselamatan.

Operasi mencari dan menyelamat disambung semula pagi ini bagi mengesan mangsa.

Sumber: Astro Awani

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Remaja Dikhuatiri Lemas, Dibawa Arus Deras Lepas Jatuh Sungai
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/remaja-dikhuatiri-lemas-dibawa-arus-deras-lepas-jatuh-sungai/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen