Baju Pengantin Ditemui Dalam Kenderaan Yang Terjunam Ke Dalam Gaung

Jadikan sumber pilihan di Google
Baju Pengantin

Insiden kereta terjatuh ke dalam gaung semalam meragut dua nyawa, membabitkan sepasang bakal pengantin yang sepatutnya mendirikan rumah tangga pada hujung Disember. Lebih menyayat hati, sehelai baju pengantin ditemui di dalam SUV yang dipandu mangsa, lapor Harian Metro.

Ibu mangsa, Suzaimah Che Azis, berkata kepada media bahawa anaknya dan seorang lagi mangsa, Hassan Shazali, dijadualkan bernikah pada 25 Disember ini, dengan majlis dirancang diadakan secara kecil-kecilan.


Insiden 3Sumber: Sinar Harian

Artikel Berkaitan: Kenderaan Jatuh Gaung, Pasangan Pengantin Terkorban

Artikel berkaitan: Gagal Elak Tanah Runtuh, Kereta Terjunam Ke Dalam Gaung Di Gua Musang

Lima dulang hantaran merupakan antara persiapan yang telah dibuat oleh anaknya itu untuk majlis berkenaan.

Difahamkan juga, mangsa berhasrat untuk pakai busana tema hitam pada hari perkahwinannya nanti, lapor Sinar Harian.

Mengikut perancangan, keluarga sebelah lelaki akan bertandang ke rumah belah perempuan untuk berbincang lanjut mengenai majlis tersebut namun dia tidak menyangka perancangan itu hanya tidak dapat dilaksanakan apabila kedua-dua mereka terkorban dalam insiden terbabit.

Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada kedua-dua mangsa.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Baju Pengantin Ditemui Dalam Kenderaan Yang Terjunam Ke Dalam Gaung
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/baju-pengantin-ditemui-dalam-kenderaan-yang-terjunam-ke-dalam-gaung/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen