in

[VIDEO] Pendatang Asing Tiba-tiba Buat Kecoh, Konon Nak Ambil Anak Di Tadika

Page Bangla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai pendatang asing telah membuat kecoh di sebuah tadika.

Difahamkan lelaki warganegara Bangladesh tersebut tiba-tiba datang dan mengatakan bahawa dirinya ingin mengambil anak pulang dari tadika namun berjaya dihalang oleh bapa-bapa yang ada di tempat kejadian.


https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1510822996247998464?t=lCfkrztgPL7d_6n1E7KFoA&s=19

Menurut K! Online, kejadian itu berlaku di Telok Panglima Garang sekitar jam 10:30 malam dan laporan telah dibuat oleh salah seorang guru di tadika tersebut pada Jumaat lalu.

“Dia kurang siuman…”

Kini lelaki itu berjaya diberkas oleh pihak polis dan dipercayai lelaki tersebut kurang siuman dengan bertindak secara agresif sekaligus menyebabkan murid-murid di tadika mengalami ketakutan.

Ujar Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor@Saleh, hasil siasatan yang dilakukan mendapati bahawa lelaki tersebut pada awalnya menceroboh masuk ke tadika dengan alasan untuk berikan roti kepada anaknya.

Polis 1

Polis 2

“Dia bagaimanapun telah bertindak merampas topi keledar pelajar yang dipegang oleh guru, seterusnya meluru masuk ke dalam kelas” – Ketua Polis Daerah Kuala Langat

Difahamkan murid-murid di tadika itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan lelaki tersebut kini direman selama empat hari untuk membantu siasatan yang akan dilakukan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Nasib baik adik-adik semua selamat je… Terbaik dan terima kasih cikgu-cikgu tadika yang cepat bertindak!

Baca: Budak 4 Tahun Buat ‘Aksi’ Lucah Pada Kawan Tadika, Lepas Tonton ‘Video’ Dalam Telefon Ibu

Untitled 1 2

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.