Terpedaya Pelaburan Tidak Wujud, Pemilik Tadika Rugi RM1.3 Juta

Tambah ke Sumber Pilihan
Pelaburan Tidak Wujud

Seorang pemilik tadika mengalami kerugian besar berjumlah RM1.3 juta selepas dipercayai menjadi mangsa pelaburan tidak wujud.

Mangsa, seorang wanita berusia 42 tahun, dikatakan mula terjerat selepas melihat iklan pelaburan yang menawarkan pulangan tinggi dan menarik di media sosial pada September lalu.


Menurut Ketua Polis Johor, CP Datuk Ab Rahaman Arsad, mangsa kemudian menghubungi suspek untuk mendapatkan maklumat lanjut. Suspek menjanjikan keuntungan sehingga 41 peratus daripada jumlah pelaburan, sekali gus meyakinkan mangsa untuk menyertai skim tersebut.

Screenshot 2025 11 29 At 10.51.05 Am

Artikel berkaitan: Hati-Hati Dengan Panggilan Senyap, Ini Taktik Baru Scammer Yang Korang Patut Ambil Tahu

Artikel berkaitan: Serah Gambar B*gel Kepada Bomoh Scammer, Tukang Jahit Turut Rugi RM103,000

Tertarik dengan tawaran lumayan itu, mangsa melakukan beberapa transaksi antara 6 hingga 21 November, membabitkan jumlah keseluruhan RM1.3 juta ke beberapa akaun bank seperti diarahkan suspek.

Namun, selepas pembayaran dibuat, suspek terus mendesak mangsa untuk memasukkan dana tambahan kononnya bagi memproses pengeluaran keuntungan.

Mangsa yang tidak menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan akhirnya menyedari dirinya diperdaya, sebelum tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

Pihak polis dalam masa yang sama mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan tawaran pelaburan atas talian yang menjanjikan pulangan tidak munasabah, terutama yang diiklankan melalui media sosial.

Orang ramai disaran membuat semakan sebelum menyertai sebarang skim bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Sumber: Astro Awani

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Terpedaya Pelaburan Tidak Wujud, Pemilik Tadika Rugi RM1.3 Juta
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/terpedaya-pelaburan-tidak-wujud-pemilik-tadika-rugi-rm1-3-juta/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM