in

[VIDEO] Pencakar Langit 79 Tingkat Di China Tiba-Tiba Bergoyang, Ramai Lari Bertempiaran

Cats 58

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terbaru, bangunan SEG Plaza yang merupakan salah satu pencakar langit di China terpaksa dikosongkan selepas bangunan itu tiba-tiba bergoyang sehingga mengakibatkan ramai orang yang lari bertempiaran untuk selamatkan diri mereka.


Kejadian yang berlaku di bandar Shenzhen itu mula bergegar sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) dan mendorong pihak berkuasa untuk memindahkan orang ramai yang berada di dalam bangunan berketinggian 300 meter itu. Media tempatan juga melaporkan bangunan itu ditutup sehingga pukul 2.40 petang (waktu tempatan).

Bangunan setinggi 79 tingkat yang siap pada tahun 2000 itu menempatkan premis barangan elektronik termasuk juga pejabat-pejabat perniagaan lain.

 

Tiada gempa bumi

Berikutan kejadian itu, pegawai-pegawai pengurusan melakukan siasatan untuk mencari punca pencakar langit itu bergoyang.

“Selepas memeriksa dan menganalisis data di beberapa stesen pengawasan gempa bumi di Shenzhen, tiada data yang menunjukkan gempa bumi di bandar tersebut.”

Hasil siasatan juga mendapati tiada keretakan atau kerosakan yang berlaku di sekitar kawasan sekitarnya.

Harapnya tiada apa yang serius jadi dekat bangunan ni. Takut juga kalau tiba-tiba tengah buat kerja dalam bangunan ni lepastu tiba tiba dia bergoyang lagi. Seram weh!

 

Sumber: Kosmo! , Jabatan Netizen Malaysia

Baca:”Saman kontraktor tu”- Beli Mahal, Penduduk Perumahan Baru Di Alamanda Marah Bila Tembok Pagar Bergoyang Sampai Tumbang

Capture 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.