Selain masalah pemandu mabuk, masalah dalam kalangan pemandu di Malaysia ni ada yang suka buat road bully.
Kadang-kadang pelik apa matlamat diaorang dan apa kepuasan yang mereka dapat membuli pemandu lain dia atas jalan sebab perbuatan itu sudah semestinya membahayakan nayawa orang ramai lebih-lebihh lagi jikanya ia bukan di atas highway.
Facebbook KAMI Pengguna JALAN RAYA kongsikan satu rakaman dashcam menunjukkan pemandu kereta jenis Perodua Bezza membuat satu perkara yang mungkin mengundang kemarahan kita semua.
https://www.facebook.com/271760989656299/videos/319307316027562
Dilihat pemandu Bezza itu terhuyang hayang, ‘cucuk’ dan memandu dengan laju di kawasan kedai yang dekat dengan perumahanan.
Dalam awal rakaman video itu, kereta Bezza ada double park dan perakam ini jalan melepasi kereta tersebut.
Sejurus selepas dipintas, pemandu Bezza terus melaju, dia membelok beberapa kali dalam usaha untuk memintas kereta yang melaluinya (perakam) itu.
Bezza itu dilihat cuba sedaya upaya untuk ‘cucuk’ dan nak cuba potong perakam. Tindakan itu telah mengundang kemarahan netizen kerata lokasi kejadian diilihat seperti diikawasan kedai yang pastinya ramai pejalan kaki di kawasan tersebut.
Ramai yang menggesa tindakan polis segera dibuat dan berharap agar ada perkara ini sampai ke mata pihak berkuasa.