in

“Kesian driver kena tibai dgn besi”- [VIDEO] Lelaki Langgar & Himpit Kereta Kancil Sebab Tak Puas Hati ‘Kena Potong’ Atas Jalan

Combine Pukul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu insiden berlaku di Kelantan dimana seorang lelaki telah melanggar dan menghimpit sebuah kenderaan sehingga terbabas ke dalam parit.


Kejadian berlaku kira-kira jam 4.46 petang di Jalan Kampung Atas Pinggir, Bunut Susu melibatkan seorang pemandu kereta jenis Toyota Harrier memukul seorang pemandu kereta Perodua Kancil menggunakan besi, lapor Berita Harian.

Bb

Video yang viral di media sosial itu memaparkan seorang lelaki yang memakai baju putih memukul mangsa menggunakan besi selepas berlaku kemalangan itu.

Korang boleh tengok video tu kat sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, hasil siasatan mendapati, suspek yang berusia 45 tahun itu disyaki marah dengan mangsa yang berusia 35 tahun kerana kereta yang dipandunya ‘dipotong’ oleh mangsa.

Mangsa memang mengaku yang dia telah ‘memotong’ kereta berkenaan kerana ianya dipandu secara perlahan dan dalam keadaan ke kiri dan ke kanan.

B5

Tak puas hati dengan tindakan itu, suspek terus mengejar dan menghimpit kereta mangsa sehingga terbabas lalu memukul mangsa menggunakan besi sehingga mengakibatkan kecederaan.

B6

Ekoran daripada itu, mangsa mengalami bengkak dan kecederaan di kepala sepanjang 3 sentimeter serta calar di bahagian lengan.

Mangsa mendapat rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan untuk pulang.

Hasil siasatan lanjut, suspek didapati memiliki tiga rekod jenayah dan didapati kereta jenis Toyota Harrier dipandunya itu didaftarkan atas nama pemilik seorang wanita di Bangi.

Ketika dihubungi, wanita berkenaan mengatakan kereta itu telah disambung bayar oleh sebuah syarikat kereta di Kelantan .

Pihak polis masih mengesan suspek dan tindakan lanjut akan dikenakan atas kesalahan yang dilakukan.

Baca : Tak Puas Hati Punya Pasal, Pelajar 17 Tahun Kena Pukul Sebab ‘Ejek’ Senior Dekat Sekolah

Pukul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.