in

Video Pelajar Mabuk Dibuli Sekumpulan Lelaki Membimbangkan Orang Ramai

Buli0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Video Pelajar Mabuk Dibuli Sekumpulan Lelaki Membimbangkan Orang Ramai
Loading
/

Baru sahaja petang semalam (22 Jun), video seorang pelajar sekolah menengah yang kelihatan mabuk telah menarik perhatian rakyat Malaysia yang prihatin.


“Budak sekolah dipercayai dalam pengaruh dadah…”

Video itu yang dimuat naik oleh Malaysian Tamilar Kular telah mendapat lebih 30,000 tontonan dan 926 perkongsian. Kini, ianya menjadi perbincangan yang semakin meluas di antara pengguna media sosial.

Berdasarkan video, pelajar yang mabuk itu dilihat seperti sedang diusik oleh sekumpulan lelaki di kawasan terpencil dan tersembunyi.

Menurut World of Buzz, beberapa lelaki kemudian mula mengusiknya dalam bahasa Tamil, menyuruhnya untuk menari.

“Menari la, inilah masa kau, menari,” kata salah seorang lelaki di dalam video itu.

Seorang lagi lelaki dilihat sedang memegangnya dan berkata pelajar itu menari seperti seseorang yang dirasuk.

Buli1

Salah seorang lelaki itu dipercayai yang sedang merakamkan video memberitahu rakan-rakannya yang sedang cuba memegang pelajar sedang mabuk itu, “Jeeva, lepaskan sahaja dia, lepaskan dia Vicky, biar dia menari semahunya.”

“Mainkan lagu tu, biar dia menari. Ambil botol atas lantai tu dan berikan pada dia, biar dia pegang dan menari.”

Buli3

Apabila mereka tidak mahu lepaskannya, lelaki yang memegang kamera memaksa mereka untuk berbuat sebegitu dan memberitahu bahawa pelajar itu boleh berdiri tanpa sokongan.

Beberapa lelaki lain protes dan tidak mahu membiarkan pelajar yang mabuk itu berdiri sendiri. Seorang individu kemudian membalas, “jika dia jatuh, tumbuk sahaja perutnya dan dia akan sedar.”

Buli2

Video ini tersebar tidak lama selepas kematian tragis T.Nhaveen, yang meninggal dunia selepas dibuli dan diserang dengan begitu teruk oleh bekas rakan sekolah, jadi ibu bapa sudah tentu sangat prihatin dan peka dengan tingkah laku yang ditunjukkan di dalam video tersebut.

Buli adalah tindakan yang salah! Jika anda bukan pembuli, tetapi menjadi saksi kepada kejadian buli, jangan berdiam diri atau pejam mata. Laporkan!

Baca: Filem Aksi Ganas Pengaruh Minda, Salah Satu Penyebab Jenayah Buli Berleluasa

Buli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.