in

Filem Aksi Ganas Pengaruh Minda, Salah Satu Penyebab Jenayah Buli Berleluasa

Buli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Benarkah lambakan filem aksi ganas di Internet pada masa kini penyumbang kepada jenayah buli?

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kes jenayah buli dijangka akan meningkat dari tahun ke tahun jikalau filem-filem berunsur ganas ini tidak disekat di Internet, lapor Malay Mail.


Malah jikalau filem-filem ganas ini tidak dibendung, ia akan mempengaruhi pemikiran anak-anak muda sekaligus menyebabkan jenayah buli makin menjadi-jadi.

The Raid 2 Mosaic Poster
gambar hiasan
gambar hiasan

 

258473
gambar hiasan

Seperti yang ramai tahu, filem-filem ganas ini juga mudah didapati. Hanya dengan satu klik saja di laman web tertentu, semuanya dapat ditonton secara penuh dan percuma. Kaki torrent mesti dah arif tentang hal ni kan??

Pun begitu, ia menjadi kebimbangan pihak SKMM kerana mereka tidak boleh menyekat laman web yang menayangkan filem tersebut.

Kita tidak mempunyai kuasa untuk menyekat semua laman web tersebut namun meminta rakyat Malaysia sedar tanggungjawab masing-masing membasmi jenayah yang semakin meruncing itu.” 

— Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Pemantauan Media Baharu, Pematuhan dan Advokasi SKMM Dr Mazlan Ismail

Dalam pada itu, usaha Lembaga Penapisan Filem (LPF) dalam menapis adegan ganas untuk mengelak tularnya gejala jenayah buli ini tidak berjaya apabila laman web berkenaan tidak mengehadkan sebarang umur untuk melayarinya.

Cc
gambar hiasan

Melalui kajian yang dijalankan Digi CyberSAFE Stop Cyberbullying 2017, sekurang-kurangnya satu dari dua belia mengaku pernah mengalami pembulian siber di Malaysia.

Dicatatkan sebanyak 250 kes buli siber berlaku di kalangan pelajar pada 2012, manakala ia meningkat ke 389 kes pada tahun 2013; 2014 (291 kes); 2015 (256 kes) dan 2016 (338 kes).

Bullying On Instituto Regional Federico Errázuriz Irfe In March 5 2007
gambar hiasan

Sepanjang tempoh ini, SKMM telah melancarkan pelbagai usaha dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran orang awam akan pentingnya keselamatan penggunaan internet terutama kepada golongan muda.

Malah melalui Jelajah Ramadan KDB 2017, SKMM turut memuatkan pengisian mengenai program Cyber Grooming dan etika serta tips keselamatan internet dan penggunaannya dari sudut positif di tiga negeri – Selangor, Negeri Sembilan dan Perak.

Nak tonton filem boleh. Tapi janganlah sampai meniru aksi ganas di dalam filem itu pula, kan? Elok ibu bapa pantau anak-anak yang suka tonton filem di internet tu…

Baca: 10 Kes Rogol Dilaporkan Berlaku di Malaysia Setiap Hari

Rogol 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.