[VIDEO] “Pedas tapi lidah masih sebut Al-Quran” – ‘Huffaz Samyang’ Dapat Pujian Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



[VIDEO] “Pedas tapi lidah masih sebut Al-Quran” – ‘Huffaz Samyang’ Dapat Pujian Netizen

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Kalau korang nak tahu power ke tidak dak-dak hafiz ni, haa korang kena tengok video yang tengah viral sekarang ni. Dorang tengah tercungap-cungap tahan pedas pun, masih boleh ingat lagi ayat Al-Quran. Memang jauh beza ah dengan kita yang tengah relax-relax ni tapi sepotong Al-Quran pun susah bebenor nak hafal yek?

Masa video ni dirakam, pelajar Pusat Tahfiz Integrasi An-Nur, Abdul Hannan Haznan dengan Muhammad Hazman Johari ni sebenarnya tengah bukak puasa lepas sehari berpuasa sunat dengan ustaz dorang kat Domino’s Pizza, lapor Harian Metro. Tup-tup ustaz nak buat ‘huffaz samyang challenge’ masa dorang tengah makan pizza pedas kat restoran tu.

Yang paling bestnya, Hannan dengan Hazman langsung tak cuak pastu boleh pulak sambung ayat hafazan yang ustaz dorang bagi tu dengan lancar dan takde salah silap. Fuh respectlah kat dorang ni tengah tahan pedas pun ingat lagi ayat al-quran! Ayat yang ustaz dorang test tu dari surah al-Baqarah ayat 25 dan 26.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Apa yang buat kita orang touched masa tengok video challenge dorang ni ialah bila ustaz tu cakap,

Pedas tapi lidah masih sebut Al-Quran.” Deep betul ni! 

Hazman dengan Hannan ni sebenarnya baru je join pusat tahfiz masa Januari lepas. Tapi dorang ni kira dahsyat jugaklah sebab dalam masa 60 hari dah boleh hafal 30 juzuk dan masih ulang hafalan tu sampai sekarang. Alhamdulillah! 

Sumber: Harian Metro

Lepas viral video tu kat media sosial, ramai netizen puji sikap dua orang pelajar ni dan kagum dengan cara dorang hafal Al-Quran. Makanlah samyang ke apa ke, Al-Quran tetap basah kat lidah dorang.

Sumber: Facebook

Seronok kan tengok dorang lancar baca Al-Quran? Kalau ada masa kosong, hafal lah surah-surah ringkas dulu. Dari Juz Amma pun dah kira bagus tau. Dapat jugak pahala! 

Baca: Buta Kedua Belah Mata dan Hidap Mild Autisme Namun Anak Kecil Ini Berjaya Hafal Surah Yasin Seawal 3 Tahun

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!