in

[Video] ‘Oyen’ Dibiarkan Dalam Sangkar Masa Hujan Ribut Sampai Berpaut Undang Kemarahan Netizen

Oyen10

Membela haiwan peliharaan seperti kucing ini walaupun nampak indah tapi kena ada tahap kesabaran yang tinggi, bau, rumah bersepah, buang air merata, curi makanan dan merosakkan barang-barang di dalam rumah memang pasti akan dilalui oleh mereka yang membela kucing.

Pun begitu, ada segelintir tuan yang akan memilih untuk menempatkan kucing ke dalam sangkar ada beberapa sebab, namun agak keterlaluan jika menyimpannya sehingga kucing itu terabai macam kes yang jadi dalam video yang dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Malaysia ini.

 

Kucing jalanan dapat melarikan diri tatkala ribut melanda. Kucing peliharaan bersangkar di luar rumah tiada pilihan.”

Video berdurasi 26 saat itu menunjukkan kucing yang disimpan dalam sangkar diletakkan luar belakang rumah, apa yang menyayat hati pencinta kucing adalah kucing itu dilihat berpaut pada sangkar tersebut kerana pada waktu itu hujan lebat turun.

Menurut sumber, jiran tetangga kongsikan bahawa kejadian yang berlaku di Taman Pengkalan Jaya, Ayer Molek Melaka dikatakan bukan pertama kali ianya berlaku.

“Jika keadaan kucing peliharaan ini masih berterusan terabai walau selepas menerima Notis Penambahbaikan. Akta Kebajikan Haiwan 2015 wajar dikuatkuasakan demi mendidik pemilik yang tidak peka terhadap kebajikan kucing peliharaannya.”

Disebabkan itu, sumber menyatakan bahawa kes ini kini dalam Pemantauan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka.

Berikutan itu, ramai netizen yang bengang dengan tindakan tuan kucing peliharaan ini dan ada juga menegur tindakan perakam.

 

Kesiannya kucing tu kesejukan – Netizen

Oyen Oyen2 Oyen3 Oyen4 Oyen5 Oyen6

Biarpun marah, rata-rata kesian dengan nasib kucing tersebut. Harap-harap lah si oyen ni baik-baik je. Mungkin si perakam ada tolong kucing tu lepas viral kot, tujuan untuk memberi kesedaran kepada kita semua.

 

Baca : “Kesian oyen tu…” – Viral! Wanita Lari Bawak Kucing Ketika ‘Live’ Mengaku Kucing Tu Miliknya

Kucing