Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang memperoleh 96% dalam ujian yang diadakan di sekolahnya.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah, si cilik itu tidak memperoleh markah penuh adalah kerana dia menulis jawapan ‘lambat’ pada sebuah gambar rajah kapal terbang.
Difahamkan, soalan berkenaan bertujuan agar murid dapat mengenal pasti objek yang bergerak dengan ‘cepat’ atau ‘lambat’.
Kapal terbang lambat sebab apa?
@imannurrezkiiiiiiiiiiiii It’s the trauma for me 🤣 That was her first “delayed” flight from Kuching to Penang for our family gathering in Taiping. Hence, the reason why she said “belon” is a slow machine. #fypシ゚viral #bahasasarawak #airasia #tiktoksarawak #kuchingtiktok
Pada masa artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat hampir 200K jumlah tontonan dan meraih lebih 14.5K tanda suka dalam masa sehari di laman sosial TikTok.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat si anak sedang menerangkan kepada ibunya kenapa dia mengatakan bahawa kapal terbang bergerak dengan lambat.
Si anak memberitahu, kapal terbang bergerak dengan lambat kerana ketika mereka menggunakan perkhidmatan penerbangan tersebut mereka terpaksa menunggu selama 4 jam.
“Lambat sebab kita tunggu kan berjam-jam. Pergi Taiping kan berjam-jam sampai empat jam,” katanya.
Selepas mendengar kata-kata anaknya itu, si ibu menjelaskan bahawa kapal terbang sebenarnya adalah cara pengangkutan yang paling cepat dan mereka terpaksa menunggu selama empat jam adalah kerana penerbangan mereka delayed.
“Yang lambat tu kita tunggu belon (panggilan kapal terbang dalam bahasa Sarawak). Kapal terbang terbang itu sebenarnya cepat. Paling cepat,” kata si ibu.
“In a way pandai budak ni berfikir” – Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen boleh relate dengan kata-kata kanak-kanak tersebut dan meluahkan rasa hampa apabila berhadapan dengan situasi flight delay.
Sebenarnya betul juga cara berfikir adik nii..
Baca : “Siap mengugut lagi!” – [VIDEO] 2 Lelaki Buat ‘Drama’ Sampai Penerbangan ‘Delayed’